saya kurang memahami maksud ayat ini. jika perlu sila berikan saya contoh ayat yang lebih mudah untuk difahami. Untuk menyelamatkan seseorang daripada serangan yang bertujuan untuk mengurung secara salah. | Frasa mengurung secara salah bermakna tindakan mengurung seseorang sama ada di rumah atau diculik dan dikurung. Walau bagaimanapun, ayat tersebut mungkin merupakan terjemahan daripada teks bahasa Inggeris. Sila terjemahkan teks asalnya dengan betul atau jelaskan konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Bolehkah perkataan "dilokap" digunakan untuk membawa maksud "dipenjarakan"? Dalam laman sesawang PRPM, cuma wujudnya "melokap". | Perkataan"dilokap" tidak sesuai digunakan kerana tidak wujud dalam data PRPM. Perkataan yang sesuai digunakan ialah melokap yang membawa maksud mengurung dlalam lokap/mengurung (menahan) dalam lokap yang membawa maksud sama dengan dipenjarakan. | Makna | 14.04.2019 |
Tempat tinggal itik dinamakan kandang/reban? Terima kasih. | Perkataan reban lebih sesuai digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Perdana, reban bermaksud tempat untuk mengurung ayam, itik, kambing dan sebagainya. | Makna | 08.09.2021 |
Apakah perbezaan antara reban dan kandang? Adakah reban merujuk kepada rumah kecil sahaja atau termasuk di kawasan sekelilingnya? Gambar berikut adalah lebih sesuai merujuk kepada mana? Angsa-angsa dikurung di dalam reban/di luar reban/di dalam kandang? Sekian, terima kasih. | Reban dan kandang ialah tempat untuk mengurung haiwan ternakan. Biasanya perkataan reban merujuk tempat mengurung ternakan seperti ayam, itik, angsa dan sebagainya. Manakala kandang merujuk tempat mengurunglebih haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya. Berdasarkan gambar tersebut, ayat yang betul “Angsa-angsa dikurung di dalam reban.” | Tatabahasa | 28.10.2021 |
Salam Saudara, Saya ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan istilah yang betul didalam penulisan carta organisasi sesebuah jabatan. sebagai contoh penggunaan perkataan bahagian, sel, cawangan atau unit pejabat yang manakah perlu diduhulukan dan dikemudiankan. ('seniority' perkataan). Harap Saudara dapat membantu saya. Sekian, terima kasih | Bahagian ialah unit dalam sesuatu jabatan (syarikat dan lain-lain) yang menjalankan fungsi tertentu, sel ialah bilik kecil dan sempit tempat mengurung orang salah di penjara, cawangan ialah bahagian (daripada pertubuhan, persatuan, syarikat, dan sebagainya), unit ialah bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi. Berdasarkan makna yang tersebut dan amalan di kebanyakan jabatan, cartanya adalah seperti yang berikut: Jabatan --- Bahagian/Cawangan --- Unit. Sel biasanya tidak terdapat dalam carta oganisasi. | Istilah | 08.07.2009 |