| Datuk mengusahakan penternakan lembu fidlot Adakah perkataan fidlot tersebut adalah betul di dalam bahasa melayu? | Ejaan yang betul ialah fidlot | Ejaan | 11.05.2020 |
| sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap pembinaan bahasa melayu | Dalam pembinaan bahasa Melayu DBP bertanggungjawab antaranya membentuk dan menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang, menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, mengusahakan pelbagai kamus, mengusahakan buku tatabahasa bahasa Melayu dan membina pangkalan data korpus bahasa Melayu melalui pelbagai kajian dan penyelidikan . Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui buku laporan tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu. | Lain-lain | 24.07.2008 |
| "Menangani masalah sosial" Adakah "menangani" bermaksud "mengusahakan" dalam konteks ini seperti yang diungkapkan dalam Kamus Dewan? Sepanjang pengetahuan saya, "menangani" dalam konteks ini membawa maksud "mengatasi". | Antara maksud menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, atau mengusahakan, contoh ayatnya; pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Secara literalnya kata menangani dalam contoh ayat yang diberi boleh difahami/diberi makna sebagai mengatasi tetapi makna tersebut belum ada dirakam dalam Kamus Dewan, oleh itu makna yang paling hampir ialah mengusahakan. | Makna | 19.07.2008 |
| Apakah kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Para petani-petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman padi secara estet mini. | Para petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman padi secara estet mini. Penggunaan yang salah para petani-petani, yang betul para petani atau petani-petani atau petani sahaja sudah memadai kerana "di kawasan itu" menjadi penanda jamak dalam konteks ayat tersebut. | Istilah | 03.08.2021 |
| Tuan, Apakah perbezaan antara membasmi, menangani dengan membendung? Adakah ketiga-tiga perkataan ini sama maksud? Contoh, Pihak sekolah akan ( membasmi / menangani / membendung) masalah kerosakan tandas dengan segera. Terima kasih | Membasmi bermaksud mengusahakan supaya tidak ada lagi, membanteras, menghapuskan dan memerangi. Menangani bermaksud membuat atau mengusahakan sesuatu manakala membendung pula maknanya menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. Oleh yang demikian, perkataan yang paling sesuai digunakan ialah pihak sekolah akan menangani masalah kerosakan tandas dengan segera. | Makna | 07.03.2019 |
| Mohon DBP untuk mengusahakan/mencari penaja bagi pengambilan Munsyi Dewan 2018 (calon/peserta tidak dikenakan sebarang bayaran/kos). Ini sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada Munsyi Dewan dalam memartabatkan Bahasa Melayu. | Pihak tuan boleh terus mengemukakan pandangan dan saranan ini kepada pihak Akademi DBP. No. telefon: 03-2147 0201. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.02.2018 |
| assalamualaikum, saya sedang mengusahakan projek menulis sebuah novel yang menceritakan tentang perihal hang tuah dan rakan-rakannya di masa hadapan. untuk itu saya memerlukan rujukan-rujukan buku yang boleh dibaca untuk memberikan informasi dan latar belakang untuk menulis novel tersebut. saya berharap pihak DBP dapat menyenaraikan buku-buku yang boleh saya dapatkan sebagai rujukan. terima kasih. | Untuk merujuk pelbagai karya/makalah yang berkaitan dengan Hang Tuah, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP atau perpustakaan yang lain seperti Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan di IPTA. Untuk ke PDM saudara perlu menjadi ahli terlebih dahulu dan boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan di sana. Saudara juga boleh menggunakan kemudahan di laman web kami www.dbp.gov.my dan klik Katalog Awam dalam Talian untuk melihat senarai buku yang berkaitan. | Lain-lain | 29.11.2011 |
| menjalani , menjalankan | menjalani- mengalami/melalui menjalankan-mengusahakan supaya berjalan/membuat | Makna | 25.01.2011 |
| Salam sejahtera. Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Pak Cik Seng gigih mengusahakan ladang kelapa sawit bersama-sama isterinya. Pilih perkataan seerti bagi gigih. A tekun. B tabah. C rajin. D malas | Perkataan tekun, tabah dan rajin mempunyai makna yang hampir sama, namun jawapan yang paling hampir, iaitu seerti dengan gigih ialah tabah. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri; tabah bermaksud tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dengan penuh semangat dan azam, berani,cekal demi mencapai kejayaan, kecemerlangan. Manakala tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh. | Makna | 03.07.2014 |
| pelaksanaan atau perlaksanaan | Untuk makluman, Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya). | Tatabahasa | 14.03.2017 |