Mengapa buku cerita peribahasa kurang diterbitkan untuk pembacaan kanak-kanak? Jika ada pun, tajuk peribahasa yang digunakan berulang-ulang, sedangkan peribahasa Melayu begitu banyak dan meluas? | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak pernah meminggirkan penggunaan peribahasa dalam penerbitan buku kanak-kanak. Selain peribahasa sebagai tajuk, penggunaan peribahasa digunakan dalam kandungan cerita buku kanak-kanak. Hal ini bagi memudahkan pembaca memahami maksud peribahasa yang digunakan. Antara buku kanak-kanak yang menggunakan peribahasa sebagai tajuk ialah: 1" style="margin-bottom: 0in; color: #000000; font-family: monospace; font-size: 13.3333px; margin-top: 0in; list-style-type: decimal;"> - Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran
- Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
- Alah Bisa Tegal Biasa
- Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya
Antara buku kanak-kanak yang mengandungi peribahasa dalam kandungannya ialah: 1" style="margin-bottom: 0in; color: #000000; font-family: monospace; font-size: 13.3333px; margin-top: 0in; list-style-type: decimal;"> - Kisah Buah-buahan
- Mengusung Rumah Lama
| Karya | 23.10.2024 |