Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009 | Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009. | Tatabahasa | 10.02.2009 |
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009. (Sila Komen ayat ini) | Cadangan daripada kami ialah, "Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009." | Tatabahasa | 09.02.2009 |
Cikgu, bolehkah saya tanya 'menilai semula dasar pentaksiran dan peperiksaan' dan 'menilai dasar pentaksiran dan peperiksaan semula' manakah yang betul ? atau kedua-dua pun betul ? | Kedua-duanya betul. 1. Menilai semula dasar pentaksiran dan peperiksaan 2. Menilai dasar pentaksiran dan peperiksaan semula | Tatabahasa | 11.11.2021 |
Salam, saya keliru pengggunaan titik bernoktah dan titik berkoma. A. Jelaskan ciri-ciri kompetensi yang berikut: atau ;0 I. Bertanggungjawab atau bertanggungjawap Ii. Menilai pencapaian atau menilai pencapaian | Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut: (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh Hari : Isnin (2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul. (3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!” Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga. (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar. 2. Ejaan yang betul ialah bertanggungjawab | Tatabahasa | 24.03.2021 |
makna umum SUBJEKTIF | SUBJEKTIF - (subjéktif) terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri), lwn objektif: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn unsur-unsur ~ yg kurang penting. | Makna | 08.10.2008 |
1. Bagi ayat "Kajian ini dijalankan bagi menilai persepsi guru terhadap kebolehgunaan bahan bantu mengajar dalam subtopik Mitosis Tingkatan 4", huruf pertama bagi perkataan mitosis dan tingkatan 4 itu perlu huruf besar atau huruf kecil? 2. "Kajian terhadap murid Tingkatan 4" atau "Kajian terhadap murid tingkatan 4" Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Kajian ini dijalankan bagi menilai persepsi guru terhadap kebolehgunaan bahan bantu mengajar dalam subtopik mitosis tingkatan 4. 2. Kajian terhadap murid tingkatan 4. | Ejaan | 14.11.2020 |
Ayat atau ejaan ini betul atau salah? Standard ini adalah panduan untuk pengurusan dan amalan audit yang merangkumi pernyataan terhadap keperluan pelaksanaan secara profesional bagi Audit Dalam untuk menilai keberkesanan prestasi Audit Dalam | Standard ini ialah panduan pengurusan dan amalan audit yang merangkumi pernyataan terhadap keperluan pelaksanaan secara profesional bagi Audit Dalam untuk menilai keberkesanan prestasi Audit Dalam. | Tatabahasa | 05.05.2017 |
Salam. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan ayat. 1) Kerajaan telah mula meratifikasikan CEDAW seawal tahun 1995 atau Kerajaan telah meratifikasikan CEDAW seawal tahun 1995? 2) Walau bagaimanapun, sehingga ke saat ini kerajaan masih belum menilai semula undang-undang yang berkaitan isu kewarganegaraan atau Walau bagaimanapun, sehingga kini kerajaan belum menilai semula undang-undang yang berkaitan isu kewarganegaraan? Terima kasih atas perhatian diberikan. | Kedua-dua ayat ini betul dan merupakan pilihan kepada pengguna untuk digunakan. Sedikit pembetulan: sehingga saat ini (tanpa ada "ke"). | Tatabahasa | 03.04.2019 |
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, Mohon kerjasama tuan/puan untuk menilai penggunaan kata-kata di dalam seloka seperti dibawah : Handal bersembang, Ingar gemerencang, Selalu tunjuk belang, Walau banyak gebang, Ada gundik merangkap dayang, Deras ambil peluang, Inklusiviti penilaian akhirnya sumbang. Zaman multitugas, Ada yang berlaun. Ingkar metode asas, Tegas tambah elaun, Untung kaki kipas, Nanti semak akaun. (Nota : Seloka penceritaan tentang sikap seseorang yang suka bercakap besar, membuat penilaian berdasarkan sikap pilih kasih sehingga tidak mengambilkira peraturan yang sedang berkuat kuasa) | Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan untuk meng-e-melkan soalan ini kepada YBrs. Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui alamat e-mel syaidul@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Sastera | 01.08.2023 |
Saya adalah seorang pelajar Sarjana Pembedahan Am di UKM. Saya sedang menjalankan kajian untuk menilai keberkesanan sebuah chatbot AI yang saya cipta dalam memberikan kaunseling prapembedahan kepada pesakit yang akan mejalani pembedahan tiroid dan hernia. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menguji chatbot ini dan memberi maklum balas berkaitan kesesuaian dan ketepatan penggunaan bahasa dalam komunikasi dengan pesakit. Dengan ini, saya melampirkan pautan untuk mengakses chatbot tersebut. Maklum balas daripada pihak tuan/puan amat dinantikan. Pihak tuan/puan boleh menghubungi saya melalui emel saya (shan.thevan@gmail.com) atau telefon bimbit saya (0103996395). Terima Kasih Pautan ke chatbot: https://www.chatbase.co/chatbot-iframe/ptKNRg5NEIjFWijlviAqs https://www.chatbase.co/chatbot-iframe/FiV9jVDYJ7pBHIPQnHWH8 | Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan dokumen. Untuk penyemakan aspek bahasa dalam chatbot tersebut, mohon jasa baik tuan untuk menghantar fail dokumen yang ingin disemak kepada e-mel, nawal@dbp.gov.my. Mohon sediakan dokumen dalam format langkau 2 baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Kami akan meneliti dahulu dokumen dan menyediakan sebut harga, serta menyatakan tempoh masa penyemakan yang bersesuaian untuk pertimbangan tuan. | Tatabahasa | 24.10.2024 |