Tuan, jika Saya nak mengatakan `menimbakan seseorang dengan ilmu...'Adakah perkataan "menimbakan"wujud ? Sila menjelaskan dan membetulkan ayat Saya sekiranya Salah.Terima kasih. | Tidak ada perkataan menimbakan, yang ada ialah menimba. Menimba membawa beberapa maksud, iaitu: 1. mencedok air dari perigi dan lain-lain dengan timba; 2. membuang atau mengeringkan air dari perahu; dan 3. dikiaskan kepada usaha memperoleh ilmu sebanyak mungkin. Frasa yang betul "seseorang yang menimba ilmu...". | Makna | 06.04.2015 |
Salam sejahtera, Encik, adakah ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. 1) Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu para pelajar sertai untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2) Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3) Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan diadakan oleh kami pada minggu hadapan. 4) Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi akan kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5) Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak dari tadi. 6) i) Kerja-kerja memperlebar lebuh raya itu sedang dijalankan dengan giat. ii) Saya yakin akan keikhlasannya dalam menjalin persahabatan dengan saya. iii) Kereta perkarangan rumah banglo itu mewah-mewah belaka. 7) Sejak daripada tadi pemuda itu termenung di situ. 8) Ali terpinga-pinga bila ditegur oleh lelaki yang bukan dikenalinya. 9) Beberapa orang kanak-kanak merupakan penduduk yang tertinggi sekali di kampung kami. | Ayat yang betul :1. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu disertai oleh para pelajar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2. Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan kami adakan pada minggu hadapan. 4. Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5. Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak tadi. 6. Ayat ini betul. 7. Sejak tadi pemuda itu termenung di situ. 8. Ali terpinga-pinga apabila ditegur oleh lelaki yang tidak dikenalinya. 9. Beberapa orang kanak-kanak merupakan jumlah penduduk yang tertinggi di kampung kami. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
Ada tak peribahasa yang berkaitan dengan menimba atau mencari ilmu? Terima kasih. | Peribahasa yang berkaitan dengan kepentingan ilmu adalah seperti yang berikut: 1. Melentur biarlah dari rebung 2. Bolehkah gabus sebelum diasah? 3. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju 4. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam. | Lain-lain | 03.10.2016 |
Assalamualikum wbt. Saya ingin bertanya : 1. Apakah tujuan mempelajari bahasa? 2. Mempelajari bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang lebih penting? 3. Apakah rujukan kehormat bagi pensyarah(berkeluluasan Master) yang mengajar kelas bahasa Melayu saya? Sekian terima kasih. Wassalam. | Tujuan mempelajari bahasa untuk membolehkan seseorang itu menimba ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang, berkomunikasi dalam masyarakat, dan berurusan dengan pihak lain. Semua bahasa adalah penting dan perlu dipelajari. Rujukan kehormat bagi pensyarah berkelulusan Sarjana (Master) ialah tuan atau encik. | Lain-lain | 12.05.2008 |
1.apakah peranan bahasa-bahasa di malaysia setelah malaysia menjangkau usia kemerdekaan 50 tahun? 2.apakah kepentingan bahasa dalam mempelajari sesuatu ilmu? | Peranan bahasa kebangsaan dalam menjangkau usia 50 tahun adalah sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang dan bahasa teknologi maklumat (TMK). Jawapan 2: Menerusi penguasaan bahasa yang baik dan tinggi, seseorang itu akan dapat menimba pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang. Sekiranya penguasaan bahasa seseorang itu lemah, maka mereka akan menghadapi masalah atau kesukaran untuk memperoleh ilmu daripada pelbagai sumber. | Lain-lain | 06.09.2007 |
Selamat tengahari, saya inging meminta bantuan untuk memeriksa terjemahan visi, misi dan nilai-niali teras seperti yang di lampirkan. | 1. Menjadi peneraju kecemerlangan pada peringkat global dalam penjagaan kardiovaskular dan torasik. 1"> 2. Kami berusaha untuk menyediakan tahap penjagaan yang berkualiti dan selamat dengan mengutamakan kehendak pesakit. 3. Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan cemerlang. 4. Kami akan menerajui bidang penyelidikan, pembangunan dan latihan untuk membangunkan tahap keupayaan penjagaan kardiovaskular dan torasik. 5. Kami akan menjadi majikan terbaik yang sentiasa meningkatkan keupayaan anggota untuk memajukan organisasi dan kerjaya.1"> 6. Objektif kami adalah untuk memastikan kedudukan kewangan kami berdaya tahan.1"> 7. Kami ialah anggota profesional yang melaksanakan tugas dengan jujur, berintegriti dan bertanggungjawab ke atas tindakan kami. 1"> 8. Kami akan sentiasa menyesuaikan diri dan berusaha untuk membangunkan organisasi dan menimba ilmu pengetahuan serta mencari penyelesaian yang inovatif.1"> 9. Kami akan bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap aktiviti yang dilakukan berkualiti.1"> 10. Kami beriltizam untuk memastikan kejayaan dan sumbangan IJN dalam bidang perubatan dan kemasyarakatan. 1"> 11. Kami sentiasa mempunyai satu tujuan; dan bekerja sebagai satu pasukan dengan penuh hormat dan saling mempercayai. 1"> 12. Kami melayan pelanggan dengan harapan dapat memenuhi keperluan mereka. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2017 |