Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.kat] | منيڠکت

Definisi : 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri mem­beri pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.kat] | منيڠکت

Definisi : 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badan­nya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 ber­ubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah ber­tam­bah baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cadangan meningkat umur persaraan dari tahun _ ke tahun atau daripada _ kepadadari _ ke _Tatabahasa06.05.2011
Saya ingin meningkat penguasaan Bahasa Malaysia anak-anak saya yang berumur 10, 12 dan 13. Apakah cara-cara tertentu yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa mereka ? Saya sudi untuk membeli novel-novel tertentu kalau ini caranya. Apakah novel-novel remaja DBP yang boleh dibeli untuk tujuan demikian ?Salah satu cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan anak-anak ialah dengan memperbanyak bahan bacaan berbahasa Melayu termasuklah akhbar, majalah dan buku. Jika saudara berminat untuk mendapatkan majalah/buku terbitan DBP boleh mendapatkannya di kedai buku berhampiran atau berkunjung ke Kedai Buku DBP di Kuala Lumpur.Tatabahasa11.08.2010
Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih.

1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas.

2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya.

Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan.

Tatabahasa23.06.2008
Taraf hidup/taraf kehidupan penduduk luar bandar telah meningkat. yang mana satu tepat? taraf hidup atau taraf kehidupan? tetamu sama tak dnegan tamu atau tamu-tamu? yang mana satu jamak? tetamu jamak ke?taraf hidup dan taraf kehidupan, kedua-duanya boleh digunakan. Manakala perkataan tetamu sama makna dengan tamu, dan sekiranya penggunaan jamak untuk tetamu kita boleh menambahkan para, semua dll. Perkataan tamu-tamu bukanlah jamak kepada tetamu.Tatabahasa22.10.2007
PERGERTIAN JENAYAH BERAT DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAHSila rujuk bahan ini : Imbangan antara melindungi masyarakat dengan kepentingan penjenayah A. M. Nizam Dewan Masyarakat 01/10/1996 Jenayah tidak lagi bersifat tempatan" [Diwawancara oleh A. Zaidel A. Jamil] Musa Datuk Haji Hassan, Tan Sri, Dewan Masyarakat Jangan biarkan jenayah terus meningkat Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1998 Jenayah di kalangan pelajar Dewan Siswa 01/07/1987 . Jenayah pelajar meningkat Aidilnur Ahmad Wahiduddin Dewan Siswa 01/06/1993 . Jenayah remaja meningkat? Noha Abdullah Dewan Siswa 01/04/1990 Terperinci Jenayah remaja, siapa bersalah? Zuraida Jaafar Dewan Siswa 01/08/1983 Punca peningkatan kes jenayah Dewan Masyarakat 01/01/2005 Terperinci Remaja dan jenayah Amiruddin Md. Akhir Dewan Siswa 01/07/1995Lain-lain08.09.2007
ada x mksud bg lambakan graduan menganggurBermaksud jumlah penganggur daripada lulusan institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat.Makna08.09.2009
adakah perkataan jenayah canggih sesuai digunakan dalam satu-satu ayat. Sila berikan cadangan terbaik bagi ayat berikut: Dimana sekarang dikota jenayah-jenayah besar dan canggih sedang meningkatBerdasarkan konteks ayat yang telah diberikan oleh saudara, "jenayah canggih" tidak sesuai digunakan. Di bawah ini dicadangkan contoh ayat yang sesuai digunakan: Jenayah berlaku secara berleluasa di ibu kota.Lain-lain25.09.2007
Mengapa unsur lewah dalam bahasa Melayu dianggap satu kesalahan tatabahasa sedangkan kelewahan tertentu amat diperlukan dalam konteks penggunaan ayat. Contohnya: 1. berjalan kaki 2. naik ke atas 3. meningkat naik 4. melambung tinggi 5. jatuh ke bawah 6. kawad kaki

Lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat.

Tatabahasa10.07.2012
Salam sejahtera,boleh tak pihak tuan/puan untuk menyemak penggunaan kata(dalam kurungan) sesuai atau tidak dalam ayat tersebut? 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. (kejur) 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. (bengkok) 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. (rebah) 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. (usang) 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. (berkeliaran) Selain itu,apakah perbezaan antara orang-orang dengan orang-orangan? Sekian,terima kasih1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. - Kejur bermaksud keras dan kaku, boleh digunakan dalam ayat tersebut. 
2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. - Bengkok bermaksud tidak lurus dan tidak sesuai digunakan kepada tubuh badan manusia. 
3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. - Rebah bermaksud tumbang dan lazimnya digunakan untuk manusia manusia dan pokok.  
4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. - Usang bermaksud  lama terpakai atau tersimpan dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. 
5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. - Berkeliaran bermaksud merayau dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Saudara boleh menyemak sendiri makna perkataan dan memastikan sama ada penggunaannya sesuai atau tidak dalam konteks ayat tersebut melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan tersebut dalam ruangan Carian Spesifik.
Tatabahasa09.05.2012
apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1.Akhbar itu menyediakan ruangan pujuk sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil. 2.Apabila harga barangan semakin meningkat, mereka terpaksa membeli juga barang-barang tiruan yang berharga murah di pasaran. 3.Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha meningkatkan tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus.1.Akhbar itu menyediakan ruangan pojok sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil.
 
2.Apabila harga barangan semakin naik, mereka terpaksa membeli juga barangan tiruan yang murah di pasaran.

3.Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha menambah tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus.
Tatabahasa22.04.2013
123

Kembali ke atas