Saya soem salroh belajar bahasa melayu saya ingin bertanya tentang apakah makna meningkatkan? | Meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat | Makna | 11.11.2015 |
adakah terdapat perbezaan antara mempertingkat dengan meningkatkan? apa pula perbezaan antara meningkatkan dengan mempertingkatkan? | Kata terbitan yang betul ialah mempertingkat dan meningkatkan, dan perbezaan antara keduanya ialah; meningkatkan - meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkat - menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; | Tatabahasa | 17.04.2008 |
meningkatkan nilai-nilai integriti di dalam jabatan | tidak perlu kata sendi 'di' | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi serta 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat. | Saudara, Tiada soalan dikemukakan. Sila jelaskan kemusykilan saudara. | Lain-lain | 09.11.2010 |
Apakah perbezaan antara 'meningkatkan penguasaan' dan 'meningkatkan kefahaman'? Adakah 'penguasaan' merujuk kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sesuatu konsep? | Kefahaman bermaksud hal faham akan sesuatu atau tahu dan mengerti benar akan sesuatu, manakala penguasaan bermaksud perbuatan atau hal menguasai, iaitu mengetahui dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut tahap penguasaan melebihi tahap kefahaman dan penguasaan lebih menyeluruh dan terperinci. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Penggunaan Teknologi “A” akan membolehkan agensi kerajaan meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan aktiviti (seperti perancangan danpemantauan) dengan lebih cekap dan berkesan yang mana akhirnya rakyat mendapat manfaat daripadanya. Jika seminar dianjurkan bagi meningkatkan pemahaman dan akhirnya meningkatkan penggunaan teknologi “A” oleh agensi-agensi kerajaan. Tajuk manakah yang lebih sesuai : “Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat” atau “Seminar Pemerkasaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat”. | Salam sejahtera, Tuan, Kedua-dua tajuk tersebut betul penggunaannya. Tapi, untuk konteks yang lebih berfokus terhadap penggunaan teknologi "A", “Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat” lebih sesuai. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 16.06.2017 |
Boleh tak kata kerja berturutan dalam ayat seperti di bawah:? (Dia berusaha meningkatkan prestasinya) Adakah ayat di bawah lebih tepat? (Dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya ATAU Dia berusaha dan meningkatkan prestasinya. Yang mana lebih tepat(gramatis)? | Ayat yang gramatis ialah Dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya. Kata kerja tidak boleh hadir secara berturutan. | Tatabahasa | 23.02.2012 |
1.Mengapakah kata 'Peningkatan harga' boleh digunakan, tetapi kata 'meningkatkan harga' tidak boleh digunakan dalam pembinaan ayat? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "meningkatkan" bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat (daya usaha).Manakala "peningkatan" bermaksud 'perbuatan meningkatkan". Oleh itu, ayat yang sesuai ialah "peningkatan harga", bukan "meningkatkan harga" (boleh diganti dengan "menaikkan harga"). | Tatabahasa | 28.02.2015 |
Ayat manakah yang betul? A) Aktiviti itu diadakan untuk menjalin dan meningkatkan persefahaman antara kaum. B) Aktiviti itu diadakan untuk menjalinkan dan meningkatkan persefahaman antara kaum. | Ayat yang gramatis ialah Aktiviti itu diadakan untuk menjalin dan meningkatkan persefahaman antara kaum. | Tatabahasa | 04.06.2012 |
'Antara faedahnya ialah dapat meningkatkan pendapatan negara.' Adakah penggunaan kata pemeri ialah di atas tepat? Adakah frasa dapat meningkatkan pendapatan negara boleh berfungsi sebagai frasa nama? | ‘Antara faedahnya termasuklah dapat meningkatkan pendapatan negara...’ ialah ayat yang betul. | Tatabahasa | 10.02.2015 |