Tuan, saya hendak menanyakan soalan berdasarkan ayat yang saya berikan ini. "Baginda menitahkan agar laksamana datang menemui baginda di balai penghadapan dengan segera." Soalan 1: Adakah perkataan "menitahkan" dalam ayat ini salah? Soalan 2: Apakah maksud "balai penghadapan" dalam ayat yang diberikan? | 1. Perkataan menitahkan betul, namun ayat tersebut perlu dibaiki menjadi "Baginda menitahkan laksamana datang mengadap baginda...". 2. Balai penghadapan ialah tempat rakyat mengadap raja.
| Tatabahasa | 01.05.2014 |
1."____ menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. Perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong ialah 'baginda' atau 'tuanku''? 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. Adakah penggunaan perkataan 'menuruti' di ayat di atas sesuai? 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. Adakah ayat di atas betul? Terima kasih! | 1."Baginda menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. - Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan. 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. - Perkataan menuruti itu boleh digunakan, sila rujuk makna keempat menuruti dalam Kamus Dewan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), contoh ayat: jangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu bahasa; 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. - mengurus sama maknanya dengan menguruskan, iaitu menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan dan perdagangan) | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Hang Jebat: Baginda menitahkan tuan hamba untuk menyediakan persalinan untuk baginda. Jawapan: Bendahara Tun Ali: Baiklah, tuan hamba. Hamba akan menyediakan persalinan untuk baginda dengan segera. 1. Adakah jawapan tersebut gramatis? 2. Bolehkah "Baiklah" digunakan dalam bahasa istana? Terima kasih | Ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 02.07.2019 |
Baginda sultan menyuruh semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum agar sentiasa bersatu demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Apakah kesalahan bahasa di atas ayat tersebut? | Ayat yang betul ialah Baginda sultan menitahkan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum agar sentiasa bersatu demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Penggunaan perkataan menitahkan lebih tepat dalam ayat tersebut kerana perkataan tersebut merupakan bahasa yang digunakan sultan atau raja untuk menyuruh atau memerintahkan seseorang amelakukan sesuatu. | Tatabahasa | 01.11.2021 |