| Apakah perbezaan antara menitik dan menitis? | Menitik sama makna dengan menitis, iaitu jatuh setitik demi setitik. | Makna | 24.11.2010 |
| Assalamualaikum. Adakah penggunaan dari dan daripada berikut, betul? (1) Air menitis daripada unit penyaman udara (2) Paip PVC lebih sesuai digunakan sebagai saluran air keluar daripada unit penyaman udara. (3) Adik mengeluarkan bendera kecil daripada begnya. (4) Adik mengeluarkan bendera kecil dari dalam begnya. Terima kasih | Ayat yang betul ialah: -
Air menitis dari unit penyaman udara. -
Paip PVC lebih sesuai digunakan sebagai saluran air keluar daripada unit penyaman udara. -
Adik mengeluarkan bendera kecil dari begnya. -
Adik mengeluarkan bendera kecil dari begnya. | Tatabahasa | 21.07.2026 |
| apakah maksud telap dan tiris? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang; | Lain-lain | 01.07.2010 |