Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.hit] | منجاهيت

Definisi : 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.hit] | منجاهيت

Definisi : 1 melekatkan sesuatu (spt mengelim dll) dgn menggunakan jarum dan benang: ~ dgn mesin, lebih cepat drpd ~ dgn tangan. 2 membuat pakaian: Kakak sedang ~ baju saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahit (kata kerja)
Bersinonim dengan sembat, jelujur, jerumat, sulam, tekat, suji, kelim;,
Kata Terbitan : berjahit, menjahit, jahit-menjahit, jahitan, penjahit,

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(15)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut.1. Kedua-dua boleh digunakan.
2. Ibu sedang menjahit baju.
3. Nenek sedang memasak ikan.
4. Adik menangis kerana perutnya sakit.
Tatabahasa17.08.2014
yang mana satu yang betul? Pelajar-pelajar diajarkan cara-cara menjahit baju kurung @ Pelajar-pelajar diajar cara-cara menjahit baju kurungBerdasarkan konteks ayat yang diberikan, ayat pelajar-pelajar diajar cara menjahit baju kurung lebih sesuai digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penerangan berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa13.08.2007
Dia menjahit baju yang koyak itu dengan sebatang jarum. Soalan :Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini?Ayat ini betul.Tatabahasa01.09.2014
adakah ayat ini betul? nenek menjahit baju di ruang tamu untuk abang. terima kasihAyat itu kurang tepat, ayat yang gramatis ialah "nenek menjahit baju untuk abang di ruang tamu".Tatabahasa14.10.2014
Ayat mana yang betul? A) Ibu saya menjahitkan sehelai baju untuk saya. B) Ibu saya menjahit sehelai baju untuk saya.

Ayat yang betul ialah Ibu saya menjahit sehelai baju untuk saya.

Tatabahasa11.11.2009
Adakah ayat "Ibu jahit baju itu" boleh diterima sebagai ayat yang betul ? Adakah perkataan "jahit" dalam ayat di atas telah mendukung maksud yang sama dengan "menjahit"Ibu jahit baju itu ialah ayat pasif manakala Ibu menjahit baju itu ialah ayat aktif. Tatabahasa25.03.2008
Mana satu betul? a) "Seorang orang buta" atau "Seorang buta"? b) "Menyediakan makan kepada para tetamu" ATAU "Menyediakan makanan untuk para tetamu." c) "Membeli makanan kepada anaknya" ATAU "Membeli makanan untuk anaknya" "Menjahit sehelai baju kepada anaknya" ATAU "Menjahit sehelai baju untuk anaknya". Soalan terakhir, betulkah perkataan "mengemop" tidak wujud dalam bahasa Malaysia? Terima kasih.

A) Yang betul ialah "Seorang buta".

B) "Menyediakan makan kepada para tetamu" ATAU "Menyediakan makanan untuk para tetamu." - kedua-dua ayat ini betul

C) Yang betul ialah "Membeli makanan untuk anaknya".

D) Yang betul ialah "Menjahit sehelai baju untuk anaknya".

E) Tidak ada contoh penggunaan kata mengemop dalam sumber rujukan kami, kami cadangkan perkataan tersebut ditukar kepada mengelap lantai. 

Tatabahasa27.09.2010
Salam Ramadhan ! i Emak akan menjahit jika ada masa yang lega ii Walaupun mahal, kami membayar juga lega makanan itu. iii Fatimah berasa lega melihat kemajuan yang ditunjukkan oleh muridnya. iv Setelah melihat ayahnya semakin lega daripada demam, Sarah pun pulang. A i dan iii B iii dan iv C ii,iii dan iv D i, ii, iii, dan iv Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.Pada pandangan kami jawapan yang betul ialah B. iii dan iv.Tatabahasa10.07.2014
Perlukah koma dibubuh di depan kata hubung? Contohnya, Ibu menjahit baju, manakala bapa dan adik menonton televisyen / Hari Keluarga diadakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama warga sekolah dan ibu bapa, di samping mencungkil bakat.

Saudara,

Tanda koma perlu diletakkan di hadapan kata hubung seperti dalam contoh ayat yang dikemukakan.

Tatabahasa28.02.2010
Adakah ayat ini betul. Ibu membeli dua bidang kain untuk menjahit baju adik. Ibu membeli dua bidang kain untuk dijahit menjadi baju adik.Tatabahasa31.01.2020
123

Kembali ke atas