Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.lin] | منجالين

Definisi : 1. menganyam (mengepang) ram­but dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyu­sunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. me­nyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. me­wujudkan, menjadikan ada: ~ per­sa­habatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.lin] | منجالين

Definisi : 1 menyusun rotan dll supaya berjalin; menganyam: ~ bidai. 2 mengatur atau menyusun cerita; mengarang. 3 menjadikan ada; membina; mengeratkan: ~ persahabatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalin
Kata Terbitan : berjalin, berjalin-jalin, menjalin, terjalin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(a) menjalin tali ukhwah (b) menjalinkan tali ukhwah DBP, yang manakah adalah betul?Ayat yang gramatis ialah 'menjalinkan tali ukhwah'.Tatabahasa09.11.2011
Ayat manakah yang betul? A) Aktiviti itu diadakan untuk menjalin dan meningkatkan persefahaman antara kaum. B) Aktiviti itu diadakan untuk menjalinkan dan meningkatkan persefahaman antara kaum.Ayat yang gramatis ialah Aktiviti itu diadakan untuk menjalin dan meningkatkan persefahaman antara kaum.Tatabahasa04.06.2012
1. BOLEHKAN PIHAK TUAN MEMBERIKAN PANDUAN UNTUK MENGGUNAKAN IMBUHAN KATA KERJA MEN... DAN MEN..KAN CONTOHNYA PERKATAAN JALIN. MANAKAH YANG BETUL SAMA ADA MENJALIN HUBUNGAN ATAU MENJALINKAN HUBUNGAN? HARAP MENDAPAT PENJELASAN DARIPADA PIHAK TUAN. SEKIAN, TERIMA KASIH

Sdr. Asiyana, sila perhatikan makna perkataan ini bagi menjawab pertanyaan sdr. Terima Kasih.

menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim;
menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan;

Tatabahasa05.12.2007
Soalan 1: Agensi kami menjalin kerjasama dengan LAPAN di Indonesia. Ketua Pengarah akan ke negara berkenaan untuk mengadakan mesyuarat dan membincangkan projek kerjasama. Yang manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan bagi mesyuarat ini sama ada Mesyuarat Kerja ARSM-LAPAN atau Mesyuarat Kerjasama ARSM-LAPAN? Apakah makna sebenar Mesyuarat Kerja?Penggunaan frasa yang betul ialah "Mesyuarat ARSM - LAPAN", kecuali apabila melibatkan jawatankuasa kerja bolehlah dinamai "Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ARSM - LAPAN".Tatabahasa13.04.2012
Konsep ini membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Salam Tuan/Puan,saya nak bertanyakan soalan.Apakah kesalahan tatabahasa di atas?Perkataan ‘membaiki’ rasanya salah atau betul? Bidang ekopelancongan mampu dimajukan kerana mengayakan sumber alam semula jadi di negara ini. Apakah kesalahan imbuhan di atas?Kenapa perkataan ‘mengayakan’ salah sepatutnya‘kekayaan’?

Bagi ayat pertama, perkataan membaiki ditukar kepada memulihkan.

Bagi ayat kedua, perkataan mengayakan ditukar kepada kaya dan ayatnya dibetulkan kepada:
Bidang ekopelancongan mampu dimajukan kerana negara ini kaya dengan sumber alam semula jadi.

Lain-lain14.01.2021
Kami ingin mengadakan lawatan di Universiti di sekitar Indonesia yang menawarkan program Pengajian Melayu. Apakah universiti yang sesuai untuk dilawat dan mempunyai kerjasama dengan DPB?Puan, antara universiti di Indonesia yang pernah menjalin hubungan kerjasama dengan DBP ialah:   
  1. Universitas Sumatera Utara
  2. Institut Teknologi Bandung
  3. Universitas Hasanuddin, Makassar
  4. Institut Teknologi Bandung
  5. Universitas Hasanuddin, Makassar
  6. Universitas Islam, Makassar
  7. Universitas Pakuan, Bogor
  8. Universitas Muhammadiyah Surakarta, Solo
  9. Universitas Mulawarman, Banjar Masin
  10. Universitas Negeri Makassar

 

Lain-lain14.04.2012
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara?ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerja­sama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial).Lain-lain04.01.2018
Tolong berikan maklumat tentang bahasa semantik dan penggunaannya?Sematik merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji makna. kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat mengungkapkan fikiran, pendapat, perasaan, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Kajian mengenai makna boleh dibahagikan kepada aspek yang berikut: a. makna denotasi dan makna konotasi b. makna dalam konteks c. hubungan makna dengan kebudayaan d. perubahan makna e. bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik juga dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, fasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Untuk makluman lanjut, saudara boleh merujuk buku Teori Semantik (terjemahan Zaiton Ab. Rahman dari buku Semantic Theory) DBP.Tatabahasa26.08.2006
Salam. Saya ingin mengetahui pengertian semantik secara ringkas ? Sekian , terima kasihSematik merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji makna. kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat mengungkapkan fikiran, pendapat, perasaan, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Kajian mengenai makna boleh dibahagikan kepada aspek yang berikut: a. makna denotasi dan makna konotasi b. makna dalam konteks c. hubungan makna dengan kebudayaan d. perubahan makna e. bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik juga dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, fasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Untuk makluman lanjut, saudara boleh merujuk buku Teori Semantik (terjemahan Zaiton Ab. Rahman dari buku Semantic Theory) DBP.Tatabahasa24.03.2012
Selamat sejahtera.Nak tanya,apakah perbezaan antara ukhuwah dengan silaturahim?Makna kata ukhuwah dan silaturahim ialah seperti yang berikut:

ukhuwah kata nama
perhubungan sebagai saudara; persaudaraan:

Contoh penggunaan
Masjid bukan hanya menjadi tempat kita mengabdikan diri kepada Allah, tetapi tempat mempererat ukhuwah sesama kita.
Manusia yang baik ialah manusia yang dapat menjalin dan mempererat ukhuwah antara sesama manusia.

ukhuwah Islamiah
persaudaraan dalam Islam;

silaturahim kata nama
1 hubungan persaudaraan melalui kekeluargaan dan perkahwinan:
Contoh penggunaan
Janganlah kamu memutuskan silaturahim dengan keluarga kalian, sekalipun mereka menyakitimu.

2 hubungan persaudaraan antara orang-orang Islam:
Contoh penggunaan
Sedekah dapat mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.

Daripada takrif tersebut dapatlah diketahui perbezaan dan persamaan makna kata tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna03.12.2023
12

Kembali ke atas