Saya keliru dengan ayat ini : "Bagaimanakah anda menjana gelagat staf anda untuk mencapai kemerlangan organisasi?" Adakah "menjana gelagat" dalam ayat / soalan ini maksudnya sama dengan "to empower" dalam B. Inggeris ? Harap pihak tuan dapat membantu menjelaskan. | 1. "empower” membawa maksud : =vt memberikan kuasa kpd, memberi [sso] kuasa: he ~ed his lawyer to sell his house, dia memberikan kuasa kpd peguamnya utk menjual rumahnya; he is ~ed to act on behalf of the organization, dia diberi kuasa utk bertindak bagi pihak organisasi itu. 2. "menjanakan" title="menjanakan">menjanakan " pula memberi makna = menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; 3. Kamus Dewan pula mendefinikan perkataan “gelagat” sebagai :a) tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; b) tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya. Jadi di sini dapatlah disimpulkan bahawa menjana gelagat tidak membawa makna "to empower" dalam bahasa Inggeris. Sekian, terima kasih. | Makna | 25.06.2008 |
apakah definisi menjana wang? | Saudara, Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) menjanakan atau menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau haiwan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk menjanakan (kuasa dll): alat ini mempunyai sebuah ~ haba serta saluran cecair ammonia. Oleh yang demikian, menjana wang bermaksud bermaksud menghasilkan wang. | | | |
| Makna | 13.10.2010 |
Tuan DBP, mengapakah wujudnya frasa-frasa "hadirin sekalian"? Kata "sekalian" kata bilangan yang terletak di hadapan frasa nama kerana berguna sebagai penerang jumlah frasa nama. Sebagai contoh sekalian murid, sekalian hadirin, sekalian kawan, sekalian pencuri. Mengapakah dalam teks ucapan, tidak diperikan "sekalian hadirin"? Sebagai contoh: Sekalian hadirin, perpaduan amat mustahak untuk menjanakan negara yang maju....... . Natijahnya, soal inti saya: Mengapakah pegarinya bentuk frasa "hadirin sekalian", sedang kata bilangan berada di depan frasa nama? | Frasa "hadirin sekalian" lewah namun banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Bagi menghasilkan ungkapan yang gramatis, ungkapan tersebut boleh ditukar kepada "Hadirin yang dihormati" dan "Murid-murid yang disayangi". | Tatabahasa | 15.08.2015 |
Saya inginkan pencerahan dan pengesahaan bagi kata "budaya". Adakah boleh menambah imbuhan "di" menjadi "dibudaya". Kerana saya ingin membuat ayat untuk slogan ini: "Kreativiti Dijana, Inovasi Dibudaya". Mohon pencerahan adakah tepat untuk meletakkan perkataan "dibudaya" tersebut. Sekian, terima kasih. | Perkataan "dibudaya" tidak tepat, sebaliknya "dibudayakan". Berkenaan slogan Saudara, cadangan kami ditambah baik menjadi "Menjanakan Kreativiti, Membudayakan Inovasi". | Penyemakan dan penterjemahan | 22.09.2015 |
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal | 1.progresif = sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan: 2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman. 3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat: 4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana. 5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara. 6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. 7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu. Sila rujuk lama web http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi. 8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro 9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan. | Makna | 01.07.2013 |