Salam sejahtera. Bolehkah perkataan 'penjaring' digunakan untuk 'pemain yang cuba menjaringkan gol tetapi tidak berjaya' atau hanya digunakan untuk 'pemain yang telah berjaya menjaringkan gol' ataupun kedua-dua pun boleh? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, penjaring ialah orang yg menjaringkan sesuatu (bola dsb): ~ terbanyak. Lebih sesuai menggunakan perkataan pemain jika belum menjaringkan gol. | Tatabahasa | 03.10.2012 |
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih. | 1. Bengkel Perolehan Manuskrip 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
"Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan pihak lawan daripada menjaringkan gol. " soalan saya . gramatiskah ayat tersebut yang jelas menunjukkan penggunaan kata sendi nama ' daripada 'yang tidak diikuti kata nama selepasnya ? adakah berlakunya proses pengguguran frasa nama selepas kata sendi tersebut.? | Ayat yang gramatis ialah "Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan daripada pihak lawan untuk menjaringkan gol. "
| Tatabahasa | 12.09.2013 |
walaupun telah dikawalrapi, pemain penyerang itu masih dapat meluluskan dirinya untuk menjaringkan gol dalam perlawanan. perkataan meluluskan boleh digunakan dalam ayat ini? | Perkataan meluluskan tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan yang paling tepat ialah meloloskan.T.kasih. | Makna | 06.08.2008 |
Apakah kata penguat paling sesuai utk ayat di bawah: Ali hebat (benar , amat, sungguh) kerana telah menjaringkan gol kemenangan. Dalam hal ini bilakah penggunaan penguat belang benar yg sesuai? | Ketiga-tiga kata penguat tersebut boleh digunakan. Penggunaan kata penguat belakang "benar" sama seperti kata penguat belakang yang lain, iaitu sekali, nian dan betul. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 260. | Tatabahasa | 16.08.2011 |