Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.wab] | منجواب

Definisi : membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak ~ sepatah pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.wab] | منجواب

Definisi : membalas pertanyaan (surat dll); menyahut: Ia dpt ~ semua soalan dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,

Peribahasa

Bagai mengatai tunggak (= tunggul).

Bermaksud :

Memberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Mereka sudah mempelajari teknik menjawab soalan dengan betul semalam.( aktif) 2.Teknik menjawab soalan dengan betul sudah dipelajari mereka semalam.(pasif) 3.Teknik menjawab soalan sudah dipelajari semalam dengan betul(pasif). ayat pasif no. 3 betulkah? atau ayat no 2 lebih tepat?Ayat no.2 lebih tepat.Tatabahasa04.02.2008
2.bengkel cara-cara menjawab soalan atau bengkel cara-cara jawab soalan ? MUNSYI, SAYA PERNAH MEMBACA BUKU MUNSYI GHALIB BAHAWA HUKUMAN ROTAN, TAPAK BUANG SAMPAH, maka, saya kekeliruan sama ada betul untuk frasa "cara menjawab soalan" ? TKFrasa yang betul ialah "bengkel cara-cara menjawab soalan". Lazimnya kata dasar digunakan dalam arahan seperti "sila jawab soalan".Tatabahasa15.04.2012
apakah format menjawab esei geografi kertas 2 stpm? adakah FAKTA,HURAIAN,CONTOHMohon maaf, soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan berhubung dengan pihak yang berkaitan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan.Lain-lain21.06.2010
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul?Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa10.08.2007
Tajuk: "Salinan Kepada" dalam Surat Rasmi Soalan saya: agensi yang menerima surat melalui "salinan kepada", adakah agensi tersebut boleh mengambil tindakan untuk menjawab surat tersebut?

Penerima surat yang sebenarnya perlu menjawab surat yang diterima, manakala penerima salinan kepada hanya perlu maklum sahaja tanpa mengambil tindakan untuk menjawab surat tersebut. 

Tatabahasa22.08.2011
tuan, apabila ditanyai, masing-masing tidak mahu menjawab. (adakah ayat ini salah?) TQAyat Apabila ditanyai masing-masing tidak mahu menjawab adalah betul.Tatabahasa18.01.2012
Siapakah yang menjawab soalan yang dikemukakan di ruangan ini? Terima kasih.

Untuk makluman puan, setiap soalan yang dikemukakan dalam ruangan ini akan dijawab oleh petugas-petugas KNDBP yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP. Walau bagaimanapun, jika puan mempunyai masalah-masalah tersebut, puan bolehlah mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini.  

Lain-lain05.03.2009
mendapatkan cara-cara menjawab soalan Bahasa Melayu SPM.Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Bagi memudahkan saudara mendapatkan maklumat berkaitan soalan ini, sebaiknya saudara merujuk buku-buku SPM atau guru SPM kerana dapat berhubung secara langsung dan mendapat petua yang terbaik bagi menjawab soalan. Terima kasih.Lain-lain07.01.2007
Benarkah perkataan 'mulai' juga dikira sebagai kata perintah? Ayat contoh: Mulai menjawab soalan sekarang. Terima kasih.Akhiran -i wujud dalam bentuk ayat suruhan, seperti patuhilah segala perintahnya. Untuk menjadi kata perintah ayat tersebut perlu diubah menjadi "mulailah menjawab soalan sekarang".Tatabahasa14.05.2013
Apa ertinya banner Sinaran Harian "Kita Kulun, Kita Kampoi."? Editornya tidak menjawab pertanyaan ini.Perkataan "kampoi" bermaksud menggulung atau melilit benang pada sesuatu, manakala "kulun" tiada dalam rujukan kami. Kemungkinan bahasa yang digunakan ialah bahasa dialek atau slanga. Walau bagaimanapun, editornya yang patut menjawab perkataan ini. Perkataan yang hendak digunakan sepatutnya dapat difahami supaya mesejnya sampai kepada khalayak.Makna31.01.2010
12345678910...

Kembali ke atas