Bagaimana hendak menjawikan perkataan bahasa inggeris satu jenama 1.MIKIAREA (1perkataan) 2.MIKI AREA (2 perkataan) | Kami mencadangkan ejaan Jawi seperti yang berikut: ميکي ايريا Ejaan Jawi ini juga dicadangkan untuk dikekalkan dua perkataan walaupun ejaan Rumi satu perkataan. | Ejaan | 14.04.2024 |
1. Bagaimana hendak menjawikan perkataan bahasa inggeris seperti : "THE" , "Enterprise", "DRAGON" dll. 2. Di manakah saya boleh mendapatkan rujukan bagi istilah bahasa inggeris yang dijawikan mengikut standard DBP. Mohon bantuan dari pihak DBP. Terima kasih | Ejaan jawi bagi 'the' ialah ذى. Ejaan jawi bagi 'enterprise' ialah اينترڤراءيس manakala ejaan jawi bagi 'dragon' ialah دراڬن Setakat ini tiada rujukan yang khusus bagi istilah dan ejaan bahasa Inggeris yang dijawikan. Walau bagaimanapun, sebarang pertanyaan mengenai ejaan tersebut boleh diajukan melalui sistem Khidmat Nasihat Bahasa DBP ini. | Ejaan | 12.05.2020 |
Salam tuan, saya ingin menulis jawi. Dan saya pernah pelajari kaedah menjawikan tulisan rumi. Tapi kadangkala, saya jadi was-was. Ke pihak mana boleh saya rujuk, jika saya ingin menyemak sama ada kaedah pen-jawi-an saya benar atau tidak? Terima kasih | Waalaikumussalam. Puan boleh mendapatkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dijadikan rujukan. | Ejaan | 07.01.2017 |
Assalamualaikum pihak DBP, di sini ingin saya mengajukan soalan berhubung dengan tulisan jawi dan bidang matematik. Bagaimanakah kita ingin menjawikan istilah matematik? Misalnya dalam bab algebra, logaritma, trigonometri, bulatan, pengamiran dan lain-lain. Mohon pihak DBP memberi respons yang memuaskan. | Untuk menyemak ejaan Jawi dalam pelbagai bidang termasuklah istilah Matematik, seperti ejaan algebra, logaritma dan trigonometri, tuan boleh merujuk www.prpm.gov.my. Sila tulis dengan huruf kecil dan ejaan Jawi akan terpapar bersama-sama entri berkenaan. Sekiranya istilah tersebut tidak ditemukan dalam PRPM (bermakna tulisan Jawi juga tidak ditemui), tuan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Ejaan | 28.02.2024 |