Nikmati ciri-ciri yang belum pernah anda alami yang membolehkan anda untuk mengurus dan menjejaki akaun bil anda dengan lebih baik. Soalan saya: menjejak atau menjejaki? Terima kasih. | Berdasarkan contoh ayat yang diberi, perkataan yang betul ialah menjejaki. | Tatabahasa | 06.09.2023 |
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih. | Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis. | Lain-lain | 10.11.2011 |
Apakah maksud “mengerinjing” dalam ayat ini? “Ia pun memencak silat langkah gelombang dua belas, mengerinjing sahaja kakinya ke sana ke mari.” Terima kasih. | Tiada kata terbitan "mengerinjing" seperti dalam ayat tersebut dalam pangkalan data perkamusan. Yang ada ialah kata "kerinjing" yang bermaksud: pokok sederhana hingga sangat tinggi, berbunga dan berbuah kecil berjambak, dan kayunya boleh dibuat bahan bangunan, bahan api dan sebagainya; jitang; Bischofia javanica. atau kata "mengerinjang" (kata akarnya kerinjang) yang bermaksud: melangkah-langkahkan atau menjejak-jejakkan kaki ke tanah dan sebagainya, misalnya ketika berpencak silat. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk mendapatkan maklumat berkaitan kata bahasa Melayu yang terkini. | Makna | 24.08.2024 |
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ? | 1. Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. 2. Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. 3. Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. | Tatabahasa | 24.05.2013 |