1. mengesan penjenayah atau menjejaki penjenayah ? | Kedua-duanya betul. Mengesan bermaksud mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), manakala menjejaki bermaksud mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya). | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Salam sejahtera, Kita difahamkan umumnya semua kata majmuk kini dieja sebagai gabungan perkataan yang berasingan kecuali untuk 30 kata majmuk sahaja seperti tanggungjawab, jawatankuasa, singgahsana dll. Bagaimanapun, tidak mudah untuk kami menjejaki 30 perkataan ini. Mohon bantuan pihak dewan untuk menyenaraikannya. Terima kasih, Liong | Perkataan yang penggunaannya telah mantap dan dieja sebagai satu perkataan boleh dirujuk dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 134 dan 135. Perkataan yang disenaraikan adalah seperti yang berikut: 1. antarabangsa 2. bumiputera 3. jawatankuasa 4. kakitangan 5. kerjasama 6. matahari 7. olahraga 8. setiausaha 9. sukarela 10. suruhanjaya 11. tandatangan 12. tanggungjawab 13. warganegara | Ejaan | 14.04.2012 |
soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat? | 1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan. 2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. | Ejaan | 18.06.2008 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. | Tatabahasa | 06.12.2009 |