Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan di dalam kalangan para petani. Yang mana salah. | Ayat yang betul ialah “Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan para petani”. (Gugurkan di dalam kalangan). | Tatabahasa | 23.02.2014 |
Keengganan beberapa orang pelajar menyertai latihan pusat bola sepak akan ____ misi pasukan sekolah untuk menjadi johan pada tahun ini. A membantutkan B menjejaskan C menggagalkan D menghampakan Munsyi, apakah jawaban yang paling sesuai dalam ayat ini. TK | Keengganan beberapa orang pelajar menyertai latihan pusat bola sepak akan menjejaskan misi pasukan sekolah untuk menjadi johan pada tahun ini. Sila rujuk kamus untuk mengenal pasti perkataan yang tepat dalam konteks sesuatu ayat. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Saya ingin menulis satu karangan yang bertajuk "kepincangan institusi keluarga menjejaskan kesejahteraan negara". tetapi isi saya tak cukup bernas. selain isi gejala sosial, saya tidak dapt memikir isi yang lain. Bolehkah tuan atau puan memberi candangan tentang isi bagi karangan ini? | Untuk menulis karangan yang baik saudara perlu membuat penyelidikan tentang tajuk ini dalam makalah yang disiarkan dalam akhbar atau majalah. Saudara boleh juga membuat penyelidikan di perpustakaan yang terdapat di tempat atau sekolah saudara. | Lain-lain | 23.08.2008 |
Apakah maksud 'pembangunan mesra alam'? Terima kasih. | Maksudnya pembangunan yangtidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar | Lain-lain | 13.06.2014 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mempunyai keraguaan berkaitan dengan penggunaan ayat tragis dan tragik. Bila masa dan keadaan dalam penulisan untuk kita gunakan ayat tragis dan tragik secara sesuai dalam petikan. Sebagai contoh a. " kesan akibat gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan tragik. atau b. "kesan akibat gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan tragis. | Mengikut Kamus Dewan, perkataan ‘tragik’ ialah penuh tragedi, menyedihkan. Contoh ayat, peristiwa ini mengandungi humor dan tragik sekali gus, manakala perkataan ‘tragis’ pula dilabelkan bahasa Indonesia-Belanda yang membawa maksud sangat sedih, sangat menyedihkan. Contoh ayat menggunakan perkataan ‘tragis’ ialah cerita itu mengisahkan percintaan yang tragis. Dari aspek makna, kedua-dua mempunyai makna yang sama, iaitu berkaitan dengan tragedi (peristiwa (keadaan) yang menyedihkan, yang berbeza cuma labelnya. Ayat anda boleh dibetulkan kepada Gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa dengan tragik serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan teruk. | Tatabahasa | 29.04.2019 |
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian, | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. | Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452. | Tatabahasa | 10.05.2013 |
mana ayat aktif yang betul daripada ayat pasif berikut. Bilik tidur adik sudah saya kemas tadi. Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi. ATAU Saya sudah mengemas bilik tidur adik pagi tadi. Apakah fungsi kan dalam ayat ini adakah menjejaskan makna. | Ayat yang sesuai ialah "Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi". Fungsi "kan" dalam perkataan "mengemaskan" bermaksud "menjadikan tersusun", manakala "mengemas" bermaksud "menyusun". | Tatabahasa | 19.03.2013 |
A'um / selamat malam... Bagaimana hendak membezakan antara adjung dan komplemen dalam ayat? Contohnya: Aminah menyapu sampah di halaman rumah. "di halaman rumah" adjung atau komplemen? Tolong jelaskan sedikit. | Adjung ialah unsur sekunder dalam binaan linguistik yang boleh digugurkan tanpa menjejaskan binaan ayat. Cth. Kereta baharu itu dilancarkan kelmarin(adjung). Komplemen ialah bahagian frasa yang diperlukan untuk menyempurnakan ayat. Cth. Dia menjadi guru. Dia menyatakan bahawa ibunya sakit. | Tatabahasa | 02.03.2008 |
jelaskan sedikit tentang penggunaan oleh ketika menggunakan imbuhan di...wajib atau optional | Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. | Tatabahasa | 22.04.2010 |