Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jel.ma] | منجلما

Definisi : 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jel.ma] | منجلما

Definisi : 1 berubah menjadi sesuatu yg lain; merupakan diri sbg sesuatu; mengambil bentuk atau rupa yg lain: Ulat itu ~ menjadi kupu-kupu. Orang itu dpt ~ sbg harimau. 2 ki muncul dlm ingatan atau dlm hati: Kadang-kadang wajah adiknya yg baru meninggal dunia itu datang ~ dlm ingatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelma
Kata Terbitan : menjelma, menjelmakan, terjelma,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah? 11.Ketibaan 1 Syawal yang bakal menjelma telah menggamit mereka yang mencari nafkah di rantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Pembetulan dibuat pada perkataan yang dihitamkan.

Satu Syawal yang bakal menjelma akan menggamit mereka yang mencari nafkah di perantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tatabahasa25.03.2013
SAYA INGIN MENGETAHUI MENGENAI KONSEP DRAMA PENTAS DAN KAEDAH MENULIS SKRIP DRAMA PENTAS YANG MENGAMBIL MASA 30 MINIT PEMENTASAN. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MASALAH INI.Konsep drama pentas adalah bergantung kepada pemilihan pengarang sama ada menghasilkannya dalam aliran realisme, absurd, surealis atau lain-lainnya. Jadi konsep tersebut berdasarkan pemilihan aliran ini kerana setiap aliran mempunyai ciri-ciri tertentu dalam bentuk penulisan dan pementasannya. Saudara boleh merujuk buku-buku drama seperti Drama-drama Pilihan Usman Awang untuk aliran realisme, Angin Kering (karya Johan Jaaffar) untuk aliran absurd, Yang Menjelma dan Menghilang (karya Anwar Ridhwan) untuk aliran surealis dan sebagainya. Untuk kaedah penulisan drama pentas, kami telah menyediakannya dalam laman DBP dan saudara bolehlah merujuk makalah dalam laman tersebut.Lain-lain02.05.2007
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara ialah, adalah dan merupakan ? Terima kasih.

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Perkataan "merupakan" ialah kata kerja dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua; ia dapat ~ dirinya seperti harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sebagai: dengan ~ dirinya sebagai se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa24.04.2013
Salam, Kami di Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai masalah bagi menentukan penggunaan perkataan 'ialah', 'adalah' dan 'merupakan'. Diharap pihak DBP dapat membantu kami dalam menyelsaikan masalah kami. Saya harap, pihak DBP memberi penerangan beserta contoh. Sekian dari saya... Harap membantu

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapa frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh:

1. Anak ialah anugerah Allah.

2. Kursus ini adalah untuk...

Maksud dan contoh kata "merupakan" :

1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa13.11.2008
saya menghadapi beberapa kemusykilan tentang penggunaan kata pemeri. Merujuk tatabahasa dewan edisi ke-3 2008, subtopik 9.2.3.5 , berkenaan kata pemeri hanya ada dua iaitu adalah dan ialah. Bagaimana dengan kata 'merupakan' yang digunakan termasuk dalam teks rujukan buku ini dalam halaman 262 perenggan ke 2 dr bwh dan hlmn 444 perenggan atas. Bukankah perkataan 'merupakan' ialah bentuk kata keja transitif bukanya kata pemeri. sila bantu saya untuk memastikan perkara ini.

Puan Aina,

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri ialah adalah dan ialah. kata merupakan ialah kata kerja. dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Oleh itu frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan. Dalam halaman yang saudara nyatakan perkataan merupakan itu memang bukan kata pemeri.  

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa06.10.2010

Kembali ke atas