apakah perbezaan antara“mengajak”dengan “menjemput” “sofian menjemput Ali pergi ke perpustakaan ”ayat ini betul tak?ribuan terima kasih | Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. Menjemput pula menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn mengambil seseorang utk dijadikan menantu: Dari segi makna, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. | Makna | 14.06.2016 |
Yati menjemput rakan-rakannya menghadiri majlis hari jadinya pada minggu hadapan. (tuan, mengapa ikut buku rujukan, menjemput adalah salah ?) | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud menjemput ialah mengajak atau menyilakan datang; mengundang. Oleh itu, menjemput boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Makna | 03.08.2011 |
Benarkah ayat ini : Amir menjemput adik dan saya ke majlis perkahwinannya. Betul ataupun tidak perkataan menjemput digunakan,atau perkataan mengundang lebih tepat? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan, menjemput bermaksud: 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong; dan 2. mengajak atau mengundang. Oleh itu, dalam konteks ayat tersebut perkataan menjemput atau mengundang kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Dalam teks pengacara majlis, untuk protokol menjemput tetamu, pengacara perlu menjemput pengiring dulu atau pun tetamu yang nak diiring? | Berkenaan protol jemputan, mohon tuan hubungi pegawai di Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Azimin Daud di talian 03-21479485. Terima kasih. | Lain-lain | 07.11.2014 |
Mana satu betul? 1a. Salmah menjemput rakannya makan. 1b. Salmah menjemput rakannya supaya makan? | Ayat yang betul ialah "Salmah menjemput rakannya makan". | Tatabahasa | 04.02.2015 |
Sekiranya kami menjemput seorang sahaja tamu (VVIP) untuk menjadi orang yang berucap dalam satu Program Bual Bicara, apakah kata nama yang sesuai untuk beliau? adakah kata nama Pembual Bicara itu tidak sesuai? atau Panel? atau Tamu Bual Bicara? Pengucap Utama ? Terima kasih | Tetamu dalam program bual bicara masih digelar tetamu dan jika seorang VVIP yang diundang lazimnya yang diuar-uarkan sebagai tetamu istimewa. | Istilah | 12.04.2013 |
Soalan saya penggunaan perkataan "majlis" ini menjemput ....adakah perkataan "Majlis" boleh digunakan, sebab Majlis tidak boleh menjemput. | Perkataan ini lazim digunakan dalam laras teks pengacaraan. Frasa yang gramatis ialah "Majlis mempersilakan ..... Kata majlis dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada organisasi, pihak atau individu yang mengadakan majlis tersebut. | Tatabahasa | 07.02.2018 |
Encik, Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'menjemput' dengan 'mengundang'? Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan undang bermaksud mempersilakan datang, menjemput(supaya menghadiri sesuatu majlis). Perkataan jemput bermaksud mengajak, menyilakan datang mengundang. Oleh yang demikian dalam penggunaan di negara kita tidak ada perbezaan dari segi makna dan penggunaan. | Makna | 24.04.2008 |
apakah perbezaan di antara mengalu - alukan dan mempersilakan? Bolehkah perkataan mengalu - alukan digunakan dalam kad jemputan majlis rasmi untuk menjemput tetamu kehormat? | Mengalu-alukan bermaksud menyambut kedatangan tamu dan lain-lain (dengan hormat dan mesra). Mempersilakan bermaksud meminta (menjemput, mengajak) dengan hormat. Perkataan mengalu-alukan boleh digunakan dalam kad jemputan majlis rasmi untuk menjemput tetamu kehormat. | Makna | 20.03.2019 |
Mohon pencerahan, kata sapaan bagi seseorang yang bergelar Doktor. Contoh ayat di bawah: "Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk menjemput Dr. bagi menyampaikan ceramah di dalam program ini" Terima kasih. | Dalam penulisan surat rasmi sapaan tuan atau puan boleh digunakan bagi sesorang yang mempunyai pangkat Doktor. Ayat yang betul ialah "Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk menjemput tuan bagi menyampaikan ceramah dalam program ini" | Tatabahasa | 22.12.2019 |