Menjemur baju di andaian, atau Menjemur baju pada ampaian Yang mana betul ? | Ayat yang betul ialah "menjemur baju pada ampaian". | Tatabahasa | 17.08.2014 |
Kakak menjemur baju-baju pada penyidai? kakak menjemur baju-baju di penyidai? Ayat manakah yang betul? | Ayat yang gramatis ialah "Kakak menjemur baju-baju pada penyidai". | Tatabahasa | 13.08.2014 |
IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA IA CEPAT KERING. | IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA CEPAT KERING. | Lain-lain | 21.03.2011 |
Mak Lia menggunakan badan yang baru dibelinya untuk menjemur ikan. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "badan" | Badan bermaksud tubuh atau jasad dan perkataan ini memang tidak sesuai dalam konteks ayat yang tersebut. Sila rujuk kamus dan cari perkataan lain yang sesuai dengan konteks ayat yang dibina. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
apa itu bangkai | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan bangkai bermaksud 1. binatang yg sudah mati: ~ kucing; 2. bk mayat manusia: ~ Hang Jebat; ~ bernyawa ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga, masyarakat dsb, mayat hidup; b) seseorang yg tidak dipedulikan dan dipandang hina oleh keluarga: akhirnya dia tidak sanggup lagi menjadi ~ bernyawa dlm keluarga mereka; 3. ki sesuatu yg telah tua dan rosak: ~ kereta; ~ gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidak dapat disembunyikan; ada ~ adalah hering prb di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yg jahat pula; menjemur ~ ke atas (ke puncak) bukit prb mengaibkan diri sendiri; | Makna | 16.09.2009 |