Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.rang] | منجرڠ

Definisi : 1. menjerangkan = meletakkan (periuk dll) di atas api utk me­masak: oleh perempuan itu dijerang­kannya periuk di atas dapur; 2. memasak: ~ nasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.rang] | منجرڠ

Definisi : meletakkan periuk dll di atas api (utk memasak); memasak; menanak: ~ nasi menanak nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jerang
Kata Terbitan : menjerang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'menjerang' boleh digunakan untuk 'sup'? Contoh ayat; Nenek menjerang sup ayam di dapur. Adakah perkataan menjerang sesuai digunakan?Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Ayat "Nenek menjerang sup ayam di dapur" betul.Tatabahasa23.05.2012
Adakah penggunaan perkataan 'menjerang' di bawah betul? Nenek menjerang sup ayam di dapur. Bolehkah tolong jelaskan penggunaan perkataan menjerang. Saya telah memeriksa di kamus tadi, perkataan menjerang hanya untuk nasi dan air. 'Sup ayam' juga merupakan cecair. Jadi adakah perkataan gamat khas untuk nasi dan air saja, atau sebarang cecair?Dalam Kamus Dewan, perkataan menjerang juga bermaksud memasak dan contoh yang diberi ialah memasak nasi. Perkataan menjerang juga boleh digunakan untuk menggantikan maksud memasak termasuklah memasak sup, air dan sebagainya.Tatabahasa23.05.2012
perkataan menjerang . bolehkah ia digunakan seperti menjerang sup ayam ( tanpa gambar)?Antara maksud menjerang ialah memasak. Oleh itu, ayat ... menjerang sup ayam boleh digunakan.Tatabahasa26.05.2012
"Salam.boleh tak memberitahu saya ,contoh bina ayat untuk perkataan perkataan tersebut.hati,pemerhatian ,pemerhati,memanggang,menjerang.sekian terima kasih"Pemerhatian: Asal usul penyakit itu diketahui setelah pemerhatian dan percubaan dijalankan. Pemerhati: Pemerhati politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri. Memanggang: ibu sedang memanggang ikan di dapur. Menjerang: Nenek menjerang sup ayam di dapur.Lain-lain26.02.2013
Seorang pengakap ditugaskan menyalakan api untuk ... air menjerang atau merebusKedua-dua perkataan menjerang dan merebus air boleh digunakan.Tatabahasa02.09.2013
Saya ditugaskan untuk menjerang air, sedangkan Rosli dan Hasyim mendirikan khemah. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKPenggunaan kata hubung "sedangkan" tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata hubung, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 252.Tatabahasa21.07.2012
Saudara, Dalam P&P di sekolah, saya telah terjumpa beberapa masalah bahasa yang perlu saya perjelaskan kepada pelajar. Malangnya, ilmu bahasa yang cetek pada pihak saya telah menemukan saya kepada jalan buntu. Saya harap pihak saudara dapat membantu saya. Jasa baik pihak saudara saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Persoalan-persoalan seperti berikut:- 1. Kita sudah biasa menggunakan frasa menjerang air, adakah kita masih menggunakan menjarang air? Adakah penyempitan makna menyebabkan kata menjarang air tidak digunakan lagi? 2. Apakah sebab pengecualian berlaku kepada perkataan 'keretapi' yang sebelum ini dieja 'kereta api' ?1. Perkataan menjarang digunakan dalam dialek Minangkabau yang bermaksud menjerang. Oleh itu, perkataan menjarang air hanya digunakan dalam kelompok teretentu. Dalam konteks rasmi perkataan menjerang air yang digunakan kerana perkataan menjerang itu tepat dari segi semantik dan lebih difahami umum.  
2. Ejaan yang betul ialah kereta api kecuali nama khas Keretapi Tanah Melayu Berhad. Kekecualian ialah sebahagian daripada unsur bahasa, namun jumlahnya tidaklah besar. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.
Tatabahasa19.03.2012
Salam sejahtera Tuan, 1. Apakah perkataan yang sesuai untuk mengungkapkan cara memasak cecair (air, teh) dengan api yang kecil secara perlahan-lahan? Sekian, terima kasih.Perkataan yang sesuai ialah menjerang.Tatabahasa30.09.2013
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? Mulut pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin para pelajar. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga1. Bibir pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
2. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari.
3. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
4. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah.
5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
6. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man.
7. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.
8. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut.
9. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang dahulunya lemah dalam pelajaran, kini bergelar siswazah.
10. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga.
Tatabahasa13.05.2020

Kembali ke atas