Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.rit] | منجريت

Definisi : 1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.rit] | منجريت

Definisi : 1 berteriak kuat-kuat; memekik: Ia ~ sekuat-kuat hatinya apabila pencuri itu masuk ke rumahnya. 2 mengeluh (kerana kesusahan dll): Kenaikan harga barang-barang keperluan menyebabkan rakyat sekalian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjerit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia menjerit meminta tolong. Dai menjerit meminta pertolongan. Adakah kedua-dua ayat di atas betul?

1. Dia menjerit meminta tolong.

2. Dia menjerit meminta pertolongan.

Kedua-dua ayat adalah betul.

Tatabahasa07.03.2011
Bagaimana cara menggunakan pembuka kata dialog yang tepat?Saya masih keliru dengan penggunaan koma di dalam pembuka kata. Contohnya, Apakah betul ayat ini, "Aduh! Sakitnya!", saya menjerit. "Aduh! Sakitnya!" Saya menjerit. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Patutnya ditulis begini; "Aduh, sakitnya!" Saya menjerit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan.

Tatabahasa18.03.2010
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan dua perkataan, iaitu "memekik" dan "menjerit". 1) Adakah kedua-dua perkataan ini boleh menerima gandaan, iaitu "memekik-mekik" dan "menjerit-jerit"? Biasanya, dalam Kamus Dewan, jika sesuatu perkataan itu dapat menerima gandaan akan dinyatakan tapi sebaliknya bagi kedua-dua perkataan ini. Terima kasih. Salmah Ibrahim.Perkataan memekik-mekik dan menjerit-jerit boleh digunakan, sama seperti perkataan terpekik-pekik dan terjerit-jerit. Lihat juga perkataan ciar, sama maknanya dengan memekik-mekik.Tatabahasa13.07.2010
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabutJawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna.Tatabahasa19.07.2013
1) Adakah perkataan rapat BOLEH digunakan dalam ayat di bawah? Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh. 2) Adakah selepas perkataan oleh di bawah boleh disertakan kata ganti nama diri kami? - Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami. 3) Adakah penggunaan perkataan berulang-ulang kali betul dalam konteks ayat di bawah? Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali. 4) Adakah kata ganda sampah-sampah boleh digunakan dalam ayat di bawah? - Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu.1. Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh.
 Adik memeluk ibu dengan erat apabila mendengar bunyi guruh.


2. Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami.
Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu kami makan.

3. Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali.
Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan.

4.  Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu.
Sampah sarap berserakan di tepi bangunan itu.
Tatabahasa30.07.2013
Salam sejahtera Saya ada kekeliruan tentang tanda baca (" ") (?) (!) (,) dan noktah. Kalau ayatnya begini: lelaki itu bertanya "mana dia pergi?". Betulkah tanda baca yang digunakan? Adakah noktah sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Adakah koma selepas "bertanya" itu betul? Kalau ayatnya begini: lelaki itu menjerit, "awas kau!". Betulkah susunan tanda baca? Adakah tanda seru sepatutnya di dalam atau di luar? Kalau ayatnya begini: lelaki itu kata "aku pergi ke kedai tadi", perempuan itu pula bertanya, "kau beli apa?". Adakah tanda koma sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Saya ada terbaca sesetengah tulisan begini: "saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Ada juga yang begini: "saya bermalam di rumah kawan saya", kata si dia. Mana satu penggunaan tanda baca yang betul?Penggunaan tanda petik  (" ")yang betul ialah:
a. "Mana dia pergi?" tanya lelaki itu.
b. Lelaki itu bertanya, "mana lelaki itu?"
c. "Saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia.

Tanda petik mengapit keseluruhan ayat termasuk tanda baca yang lain yang menunjukkan ayat tersebut sama ada ayat tanya atau ayat seru.

Untuk memahami lebih lanjut, puan boleh merujuk buku Gaya Dewan terbitan DBP untuk penggunaan tanda baca yang betul.
Tatabahasa20.09.2013
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi.

Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat  Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa24.03.2011

Kembali ke atas