Seorang pengakap menjinjing air dari sungai yang berdekatan. Adakah penggunaan kata menjinjing tepat dalam ayat ini. | Perbuatan menjinjing air adalah mustahil. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Seorang pengakap menjinjing baldi yang berisi air dari sungai yang berdekatan. | Makna | 23.04.2009 |
Selamat petang. Perbezaan antara membimbit dan menjinjing adalah membimbit digunakan untuk benda yang lebih berat seperti beg bimbit manakala menjinjing digunakan untuk benda yang lebih ringan seperti beg plastik. Adakah penjelasan ini betul? | Untuk makluman, “membimbit” dan “menjinjing” membawa maksud yang sama, iaitu membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah atau membawa sesuatu dengan jari. Tidak ada perbezaaan sama ada barang yang dibawa itu ringan ataupun berat. Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan secara bersilih ganti. | Tatabahasa | 23.05.2020 |
Ali menjinjing bakul dan memilih minyak masak di sebuah kedai runcit. Adakah ayat ini betul? | Ayat yang betul ialah “ Ali menjinjing bakul sambil memilih minyak masak di sebuah kedai runcit” . | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Ayat yang manakah betul? 1. Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami. 2. Cikgu Abu mengagihkan tugas kepada kami seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain. | Ayat yang gramatis ialah Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami.
| Tatabahasa | 29.05.2012 |
Apakah kata kerja yg sesuai untuk menggambarkan seorang wanita yg mengangkat bakul pada lengannya? Menjinjing? | Istilah yang sesuai ialah "menjinjing". | Istilah | 30.10.2014 |
i)apakah perbezaan menjinjing dgn membimbit. ii)perkataan yang sesuai untuk agar-agar ialah gebu atau lembut | Makna bagi kedua-dua perkataan tersebut adalah sama. Maksudnya ialah membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Perkataan yang sesuai bagi agar-agar ialah lembut. Harap maklum. | Makna | 18.08.2007 |
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. saya ingin mengemukakan beberapa soalan. 1. Jamal ialah ketua pengawas di sekolah saya.Dia / Beliau seorang atlet yang hebat? jawapan manakah yang tepat. 2. Apakah kata kerja yang sesuai bagi wanita yang sedang berdiri sambil membawa raga tersebut? boleh menjinjing diterima sebagai jawapan? Terima Kasih.. | 1. Jamal ialah ketua pengawas di sekolah saya. Dia seorang atlet yang hebat. 2. Perkataan yang paling hampir ialah membawa. Untuk maklumat lanjut lihat makna kata membawa, menjinjing, mengelek dan membimbit serta bezakan makna antara perkataan tersebut. | Tatabahasa | 22.05.2015 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? (1) Cikgu Ali sedang membaca suratkhabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali sedang duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca suratkhabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjogging di larian jogging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid yang tekun sedang mengulangkaji pelajaran mereka di perpustakaan. (7) Beberapa orang murid yang tekun sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur. (10) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang diisi sayur. | Berikut ayat yang betul: 1) Cikgu Ali membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca surat khabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjoging di larian joging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun. (7) Beberapa orang murid sedang membuat ulang kaji di perpustakaan dengan tekun. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur.
| Tatabahasa | 14.07.2014 |