Salam sejahtera. Bolehkah perkataan 'menjolok' digunakan untuk ayat seperti" Pakaiannya menjolok mata. Terima kasih. | Perkataan menjolok dalam ayat tersebut betul. Dalam Kamus Dewan, makna menjolok mata yang kedua ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). | Tatabahasa | 10.02.2012 |
Harap Admin dapat berikan penjelasan ttg penggunaan kata 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' Lazimnya 'menjolok mata' sering digunakan namun berdasaskan kamus dewan, 'mencolok mata' adalah yg lebih tepat digunakan. Contoh penggunaan:- Kakitangan kerajaan khususnya wanita dilarsng memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. (1) Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). (2) Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Merujuk jawapan kepada soalan saya yang lepas tentang ketepatan perkataan mencolok mata dan menjolok mata, mengapakan perkataan menjolok mata tidak dapat diterima kerana menurut carian dalam http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/ka_rujukan_kamus_dbp.aspx?KataKunci=menjolok%20mata&Type=1, maksudnya ialah a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb).? Bukankah maksudnya sama? Persoalan ini timbul kerana dalam ujian sekolah anak mereka telah diberi soalan untuk memilih di anatara menjolok mata dan mencolok mata. Kekeliruan timbul kerana carian dalam kamus memberikan maksud yang sama kepada kedua-dua perkataan tersebut. Bagaimanakah hal ini dapat diterangkan kepada anak-anak?? Harap dapat membantu | Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); manakala mencolok mata merupakan kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Kedua-dua makna tersebut boleh menjadi jawapan tetapi kita menerima pakai kata kiasan (mencolok mata) untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya sebagai jawapan yang paling tepat. Walau bagaimanapun dalam hal peperiksaan saudara perlu merujuk kepada pihak Kementerian Pelajaran kerana pihak Kementerian telah menyediakan skema jawapannya sendiri. | Tatabahasa | 23.03.2010 |
saya nak tanya pasal penggunaan simpulan bahasa 'menjolok mata' adakah ada pertukaran perkataan 'menjolok' kepada perkataan 'mencolok'...n..sekarang perkataan yang mana kt gunakan untuk ayat dimana keadaan yang menyakitkan mata -pakaian | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menjolok mata bermaksud (i)sangat jelas kelihatan, sangat nyata (ii)memberi malu, menyakitkan hati. Maksud mencolok mata pula ialah (i) mencucuk mata (ii) (kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar (iii) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua menjolok mata dan mencolok mata boleh digunakan dalam konteks yang dikemukakan. | Makna | 14.01.2011 |
Slm Mencolok mata @ menjolok mata? Bbrapa buah buku masih mnggunakn menjolok mata.adakah pnggunaanya masih " relevan"? | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Makna | 02.09.2015 |
1. Berdasarkan penerangan tuan pada 1.5.2011, tiada istilah 'menjolok mata'; merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, m.s. 636, 'menjolok mata' bermaksud , (a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; (b) memberi malu, menyakitkan hati. Merujuk Kamus SDA, m.s. 285, 'mencolok mata' bermaksud (a) mencucuk mata; (b) tampak jelas, kelihatab jelas benar; (c) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Soalan saya: adakah penerangan ini bererti bahawa 'menjolok mata' dab 'mencolok mata' membawa maksud yang sama apabila digunakan dalam ayat berikut; 'Pakaian gadis itu sangat menjolok mata/mencolok mata ', bolehkah kedua-dua frasa ini diterima dan betul? Saya menemui dua contoh latihan membetulkan kesalahan bahasa dalam Akhbar Dalam Pembelajaran Utusan Malaysia yang bertarikh 24 Mac 2011 dan 19 Mei 2011 yang menyatakan frasa 'mencolok mata' harus dibetulkan dengan frasa 'menjolok mata' . Oleh itu, saya amat keliru. Sila jelaskan. Terima kasih. 2. Adakah benar istilah 'baru' yang diguna pakai sekarang ialah 'baharu' untuk frasa 'Tahun Baharu Cina, baju baharu, kereta baharu' manakala istilah 'baru' bermaksud 'belum berapa lama lagi' seperti dalam frasa 'baru dia sedar, baru balik dari sekolah'? Sila jelaskan. | 1. Frasa 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' kedua-duanya adalah betul. Antara maksud 'mencolok mata' termasuklah dikiaskan kepada menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan tentang pakaian, kelakuan dan sebagainya. Dan lazimnya kita menggunakan maksud kiasan 'mencolok mata' apabila merujuk keadaan yang berkenaan. 2. Perkataan baru dan baharu kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun dalam penggunaan harian apabila kita menterjemahkan kata 'new' ke dalam bahasa Melayu perkataan yang digunakan ialah baru dan baharu seperti rumah baru, buku edisi baharu, kata 'just' pula diterjemahkan kepada baru sahaja seperti baru sebentar tadi. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Perbezaan menjolok mata dengan mencolok mata | Ungkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll). | Makna | 30.07.2008 |
Apakah perbezaan antara perkataan mencolok dan menjolok? Terutama dalam penggunaan ayat seperti ini: "Pakaian wanita itu (menjolok atau mencolok) mata,". | Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, hal ini merujuk kepada kiasan oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. Walau bagaimanapun frasa menjolok mata juga betul dan boleh digunakan. | Makna | 20.11.2010 |
saya makin keliru dengan kata majmuk mencolok mata dan menjolok mata ni kerana jawapan yang diberi dan disiarkan oleh DBP kadangkala menjolok mata betul dan kadang kala mencolok mata betul.jadi yang mana betul sebenarnya? | Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); dan mencolok mata bermaksud mencucuk mata dan juga kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Kedua-dua frasa tersebut betul tetapi kita menerima pakai kata kiasan mencolok mata untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya. | Tatabahasa | 28.12.2010 |
Tuan, Mohon penjelasan bagi penggunaan frasa 'MENJOLOK MATA' di dalam ayat berikut. Adakah tepat atau perlu ditukar kepada 'MENCOLOK MATA':- Staf UNISEL (lelaki dan wanita) TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian yang menjolok mata dan mestilah berpakaian kemas. Sekian. Terima kasih. | Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya), manakala mencolok mata merupakan kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Untuk makluman, perkataan yang diterima pakai untuk konteks yang diberikan ialah mencolok mata untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihat kerana berlebih-lebihan. | Makna | 10.04.2012 |