Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ju.nam] | منجونم

Definisi : bergerak dgn kepala dahulu mengarah ke bawah, menukik: se­konyong-konyong kapal terbang itu ~ meng­hala ke kapalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.nam] | منجونم

Definisi : bergerak kepala dahulu menghala ke bawah; menukik: Tiba-tiba kapal terbang itu ~ ke sawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
junam
Kata Terbitan : menjunam, menjunamkan, terjunam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'.Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut:

1. declines - menurun (Pelaburan)
2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi)
3. descending order - susunan menurun (Ekonomi)
4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi)
5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan)

Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun".
Istilah29.08.2012

Kembali ke atas