Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jun.jung] | منجونجوڠ

Definisi : 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, me­muliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jun.jung] | منجونجوڠ

Definisi : 1 membawa sesuatu di atas kepala: Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2 mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3 menghormati; menghargai: Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
junjung
Kata Terbitan : menjunjung, junjungan,

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Memikul di bahu,
     menjunjung di kepala.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menumbuk di lesung, bertanak di periuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud menjunjung?Menjunjung bermaksud membawa sesuatu di atas kepala, mematuhi (titah dll), menurut atau amat menghormati.Makna20.01.2007
Mak Endang ___________ bakul berisi sayur-sayuran kampung itu pulang dari kebunnya. (menjunjung, menjulang) Adakah betul penggunaan perkataan menjunjung dalam ayat tersebut?Menjunjung ialah membawa sesuatu di atas kepala manakala menjulang ialah mengangkat ke atas. 

Jawapan yang sesuai ialah menjunjung

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari laman web http://prpm.dbp.gov.my/
Tatabahasa11.05.2020
Salam tuan/puan, Apakah maksud 'menjunjung kasih'? Ayat contoh: Patik menjunjung kasih, tuanku. Terima kasih.Ungkapan bahasa diraja menunjukkan fungsi penghargaan menunjukkan gerak arah dari bawah ke atas.  Apabila rakyat menghargai pemberian atau anugerah Raja, maka dia menjunjungnya dan tidak setakat menerimanya. Daripada situ, timbullah ungkapan ‘menjunjung kasih Tuanku’ dan ‘junjung kasih,Tuanku’ yang dalam bahasa biasa ialah ‘terima kasih”.Makna19.12.2014
Mohon pencerahan.. 1.Ampun, tuanku. Patik menjunjung kasih. 2. Baiklah, tuanku.Patik menjunjung kasih. Ayat pertama atau ayat kedua yang betul?@ kedua2 diterima sebagai jawapan.. 3.Penggunaan tanda baca koma. Dalam buku teks bm tahun 6 sjkc, ms 82. Penggunaan koma pada setiap perktaan yg terdiri daripada kategori yg sama perlu dibubuh koma. Contoh ayat, emak menjual sayur kangkung, bayam, sawi, dan terung. Tetapi Jika dlam buku teks tahun 6 ayat jati diri, kewarganegaraan, dan patriotisme. Namun, dalam ms 83 ayat yang sama, tanda koma tidak di bubuh..Mohon pihak DBP semak akan hal ini agar tidak menimbulkan kekeliruan semasa menyampaikan Pdp..Terima kasih..Selamat petang.

1. Ayat 1 dan 2 betul.
2. Penggunaan tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah unsur-unsur kata dan frasa yang berlarutan. Oleh itu, sepatutnya tiada tanda koma pada frasa tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa02.08.2016
Apakah perbezaan antara menjulang dengan menjunjung?menjujung piala

Perkataan menjunjung ialah membawa sesuatu yang diletakkan di atas  kepala dan maksud lain ialah mematuhi, menghormati atau memuliakan, manakala menjulang ialah mengangkat sesuatu ke atas. Oleh itu, menjulang piala lebih sesuai digunakan.

Tatabahasa21.08.2021
Salam tuan/puan, Apakah terjemahan untuk 'menjunjung kasih' dalam situasi perbualan dengan raja? Terima kasih.Dalam bahasa biasa, ‘menjunjung kasih’ ialah 'terima kasih’.Makna22.12.2014
salam sejahtera. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa 'menjunjung kasih'? Adakah 'RM5" disebut (dalam lisan ) sebagai 'RM Lima'. sekian, terima kasih.Frasa "menjunjung kasih" bermaksud berterima kasih. Untuk lebih lanjut, saudara boleh menghubungi Sekyen Protokol dan Istiadat , Jabatan Perdana Menteri.

Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Lima Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut  lima ringgit.
Tatabahasa24.07.2013
Adakah perkataan 'menjunjung warta' digunakan dalam laras bahasa istana? Contoh situasi: Tun Perak menyampaikan berita serta perkhabaran gembira daripada Sultan Melaka kepada seluruh jelata."Menjunjung warta memang terdapat dalam laras bahasa istana yang  bermaksud  seseorang yang diberi amanah untuk menyampaikan sesuatu berita daripada Sultan kepada rakyat jelata.

Lain-lain10.01.2018
Dalam Carian Kata DBP: Demokratik membawa maksud menjunjung/menyokong demokrasi (Kamus Bahasa Melayu). Seterusnya dalam Carian Kata: 'democratic leadership' diertikan sebagai kepimpinan demokratik, manakala 'democratic family' diterjemahkan sebagai keluarga demokratik. Berdasarkan maklumat di atas (diperoleh dari capaian DBP), kami mahu mendapatkan penjelasan sekali lagi mengenai istilah: i. democratic citizens = warganegara demokratik ii. democratic citizenship = kewarganegaraan demokratik (bermaksud kewarganegaraan yang menyokong prinsip-prinsip demokrasi) Sementara itu, kewarganegaraan demokrasi seperti yang dicadangkan oleh pihak tuan sebelum ini dirasakan kurang sesuai. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Terima kasih.Penggunaan demokratik dan demokrasi boleh digunakan mengikut konsep dan maksud yang hendak disampaikan.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2016
Salam tuan/puan, Maaf soalan saya tempoh hari kurang jelas. Soalan sebenar saya: Apakah terjemahan 'menjunjung kasih' dalam bahasa Inggeris? Terima kasih.DBP menyediakan khidmat penyemakan terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan tidak sebaliknya.Lain-lain23.12.2014
12

Kembali ke atas