Sikap saling tolong-menolong....betulkah? Atau saling menolong?? | Frasa yang betul ialah ‘tolong-menolong’ atau ‘saling menolong’. ‘Tolong-menolong’ ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
Salam. Ingin bertanya, adakah perkataan “saling” tidak boleh digunakan bersama “tolong-menolong” ? | Saling bermaksud sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan. Oleh itu, frasa yang betul ialah "tolong-menolong" atau "saling menolong" | Tatabahasa | 13.07.2023 |
apakah perbezaan antara tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dengan bertolong-tolongan? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya). | Lain-lain | 02.10.2021 |
Abang menolong ayah memasang siku-siku di bilik saya. Apakah maksud siku-siku di dalam ayat di atas? | Siku-siku ialah alat yang berbentuk berbentuk tiga segi (bersudut 90, 60 dan 30 atau bersudut 90, 45 dan 45). | Makna | 14.11.2012 |
Adakah ayat ini betul ? Jika salah tolong betulkan. 1. Kita mesti rajin. Contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. 2. Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. | Ayat yang betul ialah: Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. | Tatabahasa | 16.07.2014 |
Dora suka menolong guru menghantar buku latihan ke pejabat. Betul tak ayat ini? | Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 17.05.2015 |
Selamat petang, cikgu. Nak tanya apakah perbezaan antara empat perkataan ini? 1tolong-bertolong 2tolong-menolong 3bertolong-tolong 4bertolong-tolongan | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya). Oleh itu, perkataan-perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang bersesuaian dengan maknanya. | Makna | 04.10.2021 |
1. Amin seorang yang murah hati dan suka menolong. 2. Amin seorang yang suka menolong dan murah hati. Adakah kedua-dua ayat ini boleh diterima... | Menurut data kami, ayat di atas betul. | Tatabahasa | 07.04.2020 |
adakah nilai murni baik hati hanya dikhususkan menolong orang lain sahaja? bolehkah ia digunakan untuk menolong ibu bapa. | Nilai murni baik hati boleh dilihat dalam hubungan sesiapa sahaja termasuklah hubungan antara kita dengan kedua-dua ibu bapa. | Lain-lain | 19.10.2012 |
Adakah ayat ini gramatis? *Ketua kampung berjanji akan menolong kami. | Ayat tersebut tidak gramatis, yang gramatis ialah 'Ketua kampung berjanji menolong kami'. | Tatabahasa | 27.12.2010 |