SALAM. saya merupakan pelajar kolej mara banting. saya ingin melakukan kajian sastera. saya berminat untuk mengkaji cerpen-cerpen yang berkaitan dengan kesan kolonialisme terhadap pemikiran serta cara hidup masyarakat melayu pasca merdeka. oleh itu, apakah cerpen yang sesuai untuk dikaji dari segi aspek ini ( sekurang-kurangnya 6)? penulis apa yang sering menonjolkan persoalan ini dalam cerpen ? | Waalaikumusalam wbk. Dalam hal tersebut, sdr. bolehlah merujuk kepada beberapa buku Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan DBP 2005, antaranya: 1. Dosan Pejuang karya A. Samad Said. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Perempuan dari Kampung Kambing, Buruh Paksa dan Dosa Pejuang. 2. Antara Dua Deru karya Arena Wati. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Dunia yang Kutinggalkan, Antara Dua Deru dan Duniaku yang Hilang. 3. Pahlawan Tak Bernama karya Abdullah Hussain. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Pahlawan Tak Bernama, Bumi Tercemar, Politik dan Sebuah Masjid di Sebuah Kota Pelabuhan. Sdr. juga bolehlah memilih enam buah cerpen yang dikemukakan di atas atau memilihnya sendiri dengan merujuk kepada tiga buah kumpulan cerpen tersebut. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 23.07.2009 |
Salam..boleh tahu istilah bagi watak hantu (pontianak, zombi). adakah disebut sebagai watak seram? | Watak ialah tokoh atau pelaku dalam karya sastera atau seni seperti novel, cerpen, drama dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis watak, antaranya: 1. Protagonis, iaitu watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. 2. Antagonis, iaitu watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis. 3. Watak bulat atau bundar ialah watak yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. 4. Watak dinamik ialah watak yang sinonim dengan watak bulat atau bundar. Watak ini digambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita. 5. Watak pipih ialah watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. 1"> Berdasarkan jenis-jenis watak tersebut, tidak ada istilah watak seram. Sebaliknya, jenis watak bergantung kepada jalan cerita, iaitu bagaimana sesuatu watak itu fungsi untuk mendukung idea pokok, mengembangkan idea berkenaan sehingga berjaya mencapat matlamat. 1"> | Makna | 15.08.2021 |