Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.pang] | منوڤڠ

Definisi : membantahi, menegah, menen­tang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.pang] | منوڤڠ

Definisi : menyangga (menunjang) dgn kayu dll yg bercabang: bahagian hadapan rumah itu ditopang dgn dua batang kayu; tangannya ~ kepalanya; Raja Shahrul Alam ~ dagu seraya mengurut-urut janggutnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
topang (kata nama)
Bersinonim dengan topangan, penopang, sangga, penyangga, sokong, penyokong, penunjang, sagang, lepar, penahan;,
Kata Terbitan : bertopang, menopang,

Peribahasa

Lemah melapis condong menopang.

Bermaksud :

Tolong-menolong satu sama lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam.....saya ingin bertanya kata kerja yang sesuai untuk perbuatan meletakkan kedua-dua tangan di bawah daguPerkataan yang sesuai ialah menongkat atau menopang (menongkat dagu atau menopang dagu)Istilah25.04.2013
apakah maksud "sangga"Sangga I : benda yang digunakan untuk menopang (menahan dll) dari bawah.
Sangga II : ; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia.
Sangga III : Kelantan 1. balasan hantaran (pd hari perkahwinan); 2. menahan (menepis, me-nangkis) serangan atau pukulan dgn tangan.
Sangga IV : Jawa; ukuran banyak padi (banyaknya lima ikat).
Sangga V: Kedah; tak ~ terlalu, sangat: besar tak ~.
Makna11.01.2013
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011

Kembali ke atas