Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mensasarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan manakah yang sesuai digunakan dalam konteks ayat dibawah. Terima kasih. a) mensasarkan atau menyasarkan Pelan Induk PKS 2012 – 2020 mensasarkan/menyasarkan peningkatan sumbangan PKS sebanyak 62% kepada pekerjaan, 25% kepada eksport dan 41% kepada KDNK menjelang tahun 2020. b)bolehkan menggunakan perkataan sebahagian dalam ayat dibawah? Adakah sebahagian hanya merujuk kepada bahagian-bahagian pada tubuh manusia sahaja? Kebanyakan usahawan bermula dengan perusahaan mikro (mempunyai kurang daripada lima pekerja) sebelum berkembang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan sebahagian PKS berjaya menjadi syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.1. Menyasarkan.
2. Perkataan "sebahagian" boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Lain-lain17.09.2014
Saya ingin bertanya. Perkataan 'mensasarkan' @ 'menyasarkan'. Mana satu yang betul?Ejaan yang betul ialah ‘menyasarkan’.Ejaan20.01.2015
Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi penggunaan tatabasa dan istilahnya? 1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan negara 2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. 3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang,menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. 4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar.Jawapan:

1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan Negara. - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat: Guru luar bandar perlu memahami transformasi pendidikan Negara.
2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. - Perkataan justeru tidak boleh diletakkan di pangkal ayat kerana justeru merupakan penanda wacana. Contoh ayat: Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.
3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. = Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, berdasarkan keputusan jawatankuasa antikeganasan Negara.
4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar. = Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang tepat: Salah satu daripada letupan menyasarkan pasar ikan di Baga Sola, manakala dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar
Tatabahasa01.11.2015

Kembali ke atas