Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.taÖ.rif.kan]/[men.tak.rif.kan] | منتعريفکن

Definisi : memberi takrif (pengertian dll) tentang, mendefinisikan: pengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata baha­wa novel itu tidak didefinisikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.taÖ.rif.kan]/[men.tak.rif.kan] | منتعريفکن

Definisi : mem­berikan takrif atau membuat takrif ttg sesuatu perkataan; mendefinisikan: Lebih sukar ~ sesuatu perkataan drpd menunjukkan penggunaannya dlm ayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takrif (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan erti, pengertian, makna, maksud, definisi;,
Kata Terbitan : mentakrifkan, pentakrifan, pentakrif,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, "menterjemahkan" atau "menerjemahkan"? "Mensyaratkan" atau "menyaratkan"? "Mentakrifkan" atau "menakrifkan"? Soal keseluruhan telah saya isikan dalam WordPad, mohon tuan baca.Bentuk yang diterima oleh DBP ialah menterjemahkan, mensyaratkan dan mentakrifkan. Untuk maklumat lanjut,  sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi KetigaTatabahasa02.12.2016
Salam, Bagaimana untuk mentakrifkan -ST segment elevation acute myocardial infarction ke dalam bahasa Melayu untuk bidang perubatan?Untuk makluman tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus "ST segment elevation acute myocardial infarction". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu  yang dicadangkan ialah penginfarkan miokardium akut elevasi segmen ST.Istilah29.10.2013
DEFINISI PENGINDAHAN BANDARKamus Dewan mentakrifkan kata pengindahan;  perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya.Makna10.06.2009
isitilah chetti

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata "ceti" ;1. peminjam (pelepas) wang (biasanya berketurunan India) yg mengenakan bunga yg tinggi; ~ haram along; 2. orang India dr Coromandel atau Malabar (selalunya berniaga).

Istilah12.03.2009
apa yang di maksudkan dengan logistikKamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata logistik merujuk aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsbMakna05.03.2009
Apakah perbezaan penggunaan antara memamah dan mengunyah? Terima kasih.Kamus Pelajar mentakrifkan memamah sebagai menghancurkan (makanan dll) di dalam mulut dengan gigi; mengunyah: Dia ~ gula-gula itu, bukan menghisapnya.

Manakala mengunyah bermaksud menghancurkan makanan dalam mulut dengan gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan.

Daripada takrifan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Tatabahasa17.07.2014
apa maksud penyenggaraan dan penyelenggaraan

.  Kamus Dewan mentakrifkan kata penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor.

Penyenggaraan ialah perbuatan menguruskan, menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; selenggara.

Makna29.05.2009
Apakah yang dimaksudkan dengn surat dari segi bahasa dan istilah

Kamus Dewan mentakrifkan surat sebagai kertas atau segala sesuatu yang bertulis.

Makna08.12.2009
Bagi Nabi Idris, adakah kita menggunakan istilah "wafat" bagi menggantikan istilah "meninggal dunia"?Kamus Pelajar mentakrifkan wafat sebagai meninggal dunia (digunakan untuk nabi atau rasul saja). Oleh itu, bagi Nabi Idris boleh menggunakan perkataan wafat bagi perkataan meninggal dunia.Tatabahasa12.04.2013
Bolehkah istilah 'collaboration' yang membawa maksud 'kerjasama' menggunakan istilah 'kolaborasi ' sedangkan dalam Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan sebagai 'subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb.Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk collaboration, iaitu pemuafakatan, kerjasama dan kolaborasi. Istilah kolaborasi terdapat dalam bidang Sains Politik dan Kesusasteraan yang membawa maksud kerjasama.Istilah27.11.2011
123456

Kembali ke atas