Kamus Dewan mencatatkan menaksir (= mentaksir) ialah mengira atau menghitung banyaknya sesuatu seperti harga dan lain-lain. Penaksiran (= pentaksiran) ialah perihal menaksir. Ada pendapat mengatakan bahawa Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) lebih berwibawa dari segi ejaan. Persoalannya, mengapakah DKBM tidak menyenaraikan “mentaksir” dan “penaksiran” di bawah masukan taksir? hlm. 1660 – 1661. | Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi tidak menyenaraikan semua entri seperti Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, pihak kami akan mengambil maklum tentang perkara ini untuk edisi seterusnya. | Istilah | 01.12.2009 |
Perkataan yang manakah betul? a) menaksir b) mentaksir | Kedua-dua perkataan "menaksir" dan "mentafsir" adalah betul. "Menaksir" bermaksud mengira atau menghitung jumlah, manakala "mentafsir" bermaksud menerangkan, menjelaskan atau menghuraikan sesuatu perkara. | Ejaan | 18.11.2016 |
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksir | Jawapan 1: Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu . Jawapan 2: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir" bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; | Tatabahasa | 27.03.2013 |