Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.Menteri-menteri besar ATAU menteri besar-menteri besar 2.Perdana-Perdana Menteri ATAU Perdana Menteri-Perdana Menteri 3.Kaki-kaki botol ATAU kaki botol-kaki botol Mohon penjelasan untuk setiap pilihan jawapan yang tepat. Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu | Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. Menteri-menteri Besar ii. Perdana-perdana Menteri iii. Simpulan bahasa kaki botol tidak sesuai untuk digandakan. Lazimnya untuk menunjukkan bilangan jamak boleh menggunakan kata bilangan. Contohnya sekumpulan, semua dan beberapa. | Tatabahasa | 03.09.2019 |
Salam, Apakah kata sapaan yang betul untuk Menteri Pendidikan? Adakah Yang Amat Berhormat (YAB) ataupun Yang Berhormat (YB)? Terima kasih. | Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Berhormat ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri;. Oleh itu, panggilan kehormat untuk Menteri Pendidikan ialah Yang Berhormat. | Tatabahasa | 01.07.2014 |
Apakah 'panggilan kehormat' bagi Timbalan Menteri Besar / Timbalan Ketua Menteri ? Adakah 'Yang Amat Berhormat' atau 'Yang Berhormat' ? | Panggilan kehormat kepada Timbalan Menteri Besar atau Timbalan ketua Menteri ialah Yang Berhormat. Sapaan Yang Amat Berhormat adalah untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. | Lain-lain | 22.02.2008 |
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa? | Saudara, Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor. Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636). | Tatabahasa | 13.08.2010 |
Adakah ayat ini betul?(Menteri-menteri Pelajaran dari seluruh dunia sedang mengadakan seminar di New York.) | Ayat yang betul, Menteri-Penteri Pelajaran dari seluruh dunia sedang berseminar di New York. | Ejaan | 19.03.2014 |
APA PERBEZAAN PENGGUNAAN BAGI YANG AMAT BERHORMAT DAN YANG AMAT BERBAHAGIA | Saudara, Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Amat Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tun, Toh Puan dan isteri Yang di-Pertua Negeri | Tatabahasa | 15.06.2010 |
adakah Perdana Menteri ataupun Menteri Perdana sedangkan kita namakan Menteri Kesihatan , Menteri Pelajaran.... Sebab??? | Penggunaan Perdana Menteri sudah lama dan mantap penggunaannya. Oleh itu kita kekalkan penggunaannya walaupun tidak mengikut hukum DM. Inilah yang dikatakan keunikan sesuatu bahasa. | Lain-lain | 19.08.2006 |
mohon penjelasan yang mana betul... timbalan menteri kesihatan,timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah atau timbalan menteri kementerian kesihatan, timbalan menteri kementerian kemajuan luar bandar dan willayah? | Frasa yang betul ialah Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. | Lain-lain | 22.12.2009 |
Assalamualaikum... Saya salah seorang penuntut jurusan BM. Ramai rakan bertanyakan soalan ini malahan pensyarah sendiri menangguhkan jawapan dan ada yang berbeza pendapat. Saya keliru dan ingin mendapat jawapan pasti. Soalannya : Apakah perbezaan antara 'Perdana Menteri' dan 'Menteri Besar'? Mengapakah 'Perdana Menteri' tidak disebut sebagai 'Menteri Perdana' sama seperti 'Menteri Besar' yang jelas mengikut hukum DM? Terima kasih. Mohd Ismail Bin Sulaiman No. 13, Jalan Purnama 1/3, Taman Purnama 1 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor. No. Tel : 016-7444676 | Kata Perdana Menteri tidak disebut sebagai Menteri Perdana seperti Menteri Besar kerana bentuk ungkapan tersebut diambil daripada bahasa Sanskrit. | Tatabahasa | 20.03.2008 |
Penggandaan kata majmuk bagi guru besar ialah guru-guru besar.Nyatakan mengapa penggandaannya bukan guru besar-guru besar. | Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri. | Tatabahasa | 31.03.2010 |