Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ketua kerajaan sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah 'panggilan kehormat' bagi Timbalan Menteri Besar / Timbalan Ketua Menteri ? Adakah 'Yang Amat Berhormat' atau 'Yang Berhormat' ?Panggilan kehormat kepada Timbalan Menteri Besar  atau Timbalan ketua Menteri ialah Yang Berhormat. Sapaan Yang Amat Berhormat adalah untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua MenteriLain-lain22.02.2008
Salam tuan, saya ingin menggandakan perkataan bandar raya. Yang mana betul: badar-bandar raya atau bandar raya bandar raya? Bagaimana pula menggandakan perkataan menteri besar?Apabila menggandakan kata jamak, perkataan yang pertama sahaja digandakan seperti Menteri-menteri Besar Bandar-bandar raya.Tatabahasa11.04.2013
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa?

Saudara,

Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor.

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636).

Tatabahasa13.08.2010
Salam Tuan, Kata majmuk (plural) bagi mata wang? T. kasih & Salam Sibly

Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya, alat-alat tulis dan Menteri-Menteri Besar. Oleh itu, mata wang menjadi mata-mata wang.

Tatabahasa20.02.2011
APA PERBEZAAN PENGGUNAAN BAGI YANG AMAT BERHORMAT DAN YANG AMAT BERBAHAGIA

Saudara,

Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Amat Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tun, Toh Puan dan isteri Yang di-Pertua Negeri

Tatabahasa15.06.2010
Penggandaan kata majmuk bagi guru besar ialah guru-guru besar.Nyatakan mengapa penggandaannya bukan guru besar-guru besar.Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri.Tatabahasa31.03.2010
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar. Perlu tak 'guru besar' ditulis sebagai'Guru Besar' seperti ' Menteri Besar' kerana nama jawatan ? Terima kasih

Tidak perlu dieja menggunakan huruf besar. Menteri Besar di eja menggunakan huruf besar kerana nama jawatan. Guru besar dieja dengan huruf besar sekiranya Guru Besar Karim. Sama juga dengan Menteri Besar atau Menteri Pertanian.

Tatabahasa11.03.2010
1. Bila boleh kita guna dari dan daripada? Setahu saya ada perbezaan. 2. Bila boleh kita menggunakan Y.A.B. /Y.Bhg. bagi sesuatu jawatan dalam penulisan. Setahu saya kita akan menggunakan perkataan Menteri Besar sahaja dan bukan Y.A.B. Menteri Besar dalam penulisan. Bila berucap baru disebut Y.A.B. Menteri Besar. Terima kasih.Dari digunakan dalam frasa yg berkaitan dgn tarikh atau tempat, manakala daripada digunakan dlm frasa yg berkaitan dgn sumber. Sapaan YAB khusus kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar, manakala YBhg sapaan kepada kenamaan lain/orang awam yang bergelar Datuk/Tan Sri dsbTatabahasa29.10.2007
Assalamualaikum... Saya salah seorang penuntut jurusan BM. Ramai rakan bertanyakan soalan ini malahan pensyarah sendiri menangguhkan jawapan dan ada yang berbeza pendapat. Saya keliru dan ingin mendapat jawapan pasti. Soalannya : Apakah perbezaan antara 'Perdana Menteri' dan 'Menteri Besar'? Mengapakah 'Perdana Menteri' tidak disebut sebagai 'Menteri Perdana' sama seperti 'Menteri Besar' yang jelas mengikut hukum DM? Terima kasih. Mohd Ismail Bin Sulaiman No. 13, Jalan Purnama 1/3, Taman Purnama 1 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor. No. Tel : 016-7444676Kata Perdana Menteri tidak disebut sebagai Menteri Perdana seperti Menteri Besar kerana bentuk ungkapan tersebut diambil daripada bahasa Sanskrit.   Tatabahasa20.03.2008
Sila berikan saya contoh penggunaan kata nama dalam surat ; Yang Berbahagia Dato. dan untuk perkataan seperti yang amat berhormat digunakan pada masa bila, dan apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk perkataan seperti Tan sri, Datuk Seri, Tuanku , TengkuYang Amat Berhormat digunakan sebagai sapaan bagi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, dan Ketua Menteri. Sapaan untuk Tan Sri, Datuk Seri digunakan Yang Berbahagia, manakala bagi Tuanku dan Tengku disapa sebagai Yang Mulia. Kata Mulia digunakan secara tetap pada ungkapan yang merujuk sultan atau raja yang memerintah atau keluarga diraja.  Saudara boleh merujuk buku Bahasa Kita, tulisan Encik Ismail Dahaman untuk keterangan lanjut.  Tatabahasa09.09.2009
123

Kembali ke atas