Assalamualaikum. Yang manakah yang betul? A. mentransformasi sekolah B. mentransformasikan sekolah Mohon diberi penjelasan. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah "mentransformasikan". | Tatabahasa | 04.02.2020 |
Saya ingin tahu jika perkataan transformasi boleh digunakan dalam bentuk MENTRANSFORMASI atau perlu diguna dalam bentuk MENTRANSFORMASIKAN | Perkataan transformasi boleh digunakan dalam bentuk "mentransformasikan" yang bermaksud melakukan transformasi atau mengubah bentuk, sifat, keadaan dan sebagainya. | Tatabahasa | 28.12.2009 |
Salam sejahtera, Pohon semakan kesesuaian ayat bagi perkataan berikut: MENTRANSFORMASIKAN MINDA MASYARAKAT KE ARAH KEBERTANGGUNGJAWABAN TERHADAP KEPENTINGAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL. Mohon semakan bagi kesesuaian penggunaan ayat MENTRANFORMASIKAN. Adakah perkara tersebut sesuai dan boleh digunakan. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship | Perkataan "mentransformasikan" boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 21.10.2013 |
Adakah istilah "jabatan" yang merujuk kepada sesuatu jabatan dalam teks ditulis dalam huruf besar? contoh : Dalam mentransformasikan organisasi dan pembangunan modal insan, "Jabatan" telah menyiapkan pelan strategik. | Penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana. Dalam hal penggunaan perkataan Jabatan, boleh dikatakan nama khas sekiranya rangkai kata ini dilihat sebagai sesuatu nama khas yang telah dinyatakan dalam wacana sebelumnya atau yang biasanya terdapat dalam laras undang-undang yang memberikan maksud penggunaan dalam wacana seterusnya. Perkataan jabatan ini boleh menjadi nama am seperti dalam ayat : Semua jabatan hendaklah menyerahkan laporan kepuasan pelanggan selewat-lewatnya 28 Februari 2015. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. | Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. | Tatabahasa | 31.03.2015 |