Aneka Seleksi menu | kami cadangkan Aneka Seleksi menu dipinda kepada Aneka Menu Pilihan | Tatabahasa | 01.07.2014 |
Menu "Maklum Balas " dengan icon tanda soal berwarna biru tidak berfungsi sebaliknya masih memaparkan helaian carian tidak sebagaimana icon facebook di sebelah kirinya.. | Soalan kurang jelas maksudnya. Sila berikan maksud yang hendak disampaikan. Terima kasih. | Lain-lain | 30.07.2017 |
Adakah terjemahan berikut tepat? i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Menu Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Menu Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat Atau, bolehkah tuan/puan berikan cadangan terjemahan bagi yang di atas? Terima kasih. | Cadangan terjemahan tuan telah disemak dan dibuat sedikit pindaan: i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat | Penyemakan dan penterjemahan | 09.03.2015 |
Assalamualaikum. Berkenaan dengan istilah-istilah Teknologi Maklumat: (1) Apakah istilah setara untuk "drop-down menu" dan "drop-down list"? (2) Apakah istilah setara untuk "search field"? Terima kasih. Rujukan: http://ubuntudigest.blogspot.com/2012/07/creating-polaroid-frame-using-inkscape.html | Untuk makluman, istilah yang dikemukakan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. drop-down menu - menu ke bawah 2. drop-down list - senarai ke bawah 3. search field - medan gelintar | Istilah | 17.04.2013 |
Mohon pencerahan, manakah antara berikut adalah betul dan mengapa? pilih sajian dari menu kami/pilih sajian daripada menu kami | Pilih sajian daripada menu kami. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama "daripada" hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. | Tatabahasa | 19.07.2016 |
Restoran Ideal Menu Group Sdn. Bhd. | Makluman, untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 05.06.2017 |
Assalamualaikum Tuan, Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah-istilah komputer seperti yang berikut: 1. Toolbox 2. Menu bar | Belum ada lagi dalam data kami bagi istilah Toolbox . Cadangan kami yang sesuai bagi Tool-box ialah kotak peralatan, manakala istilah menu bar ialah bar menu (Objek grafik yang wujud pada paparan antara muka grafik pengguna) | Istilah | 15.11.2019 |
1. Bagaimana ejaan sebenar singkatan/gelaran Yang Berbahagia? YBhg / Y.Bhg. / YBhg. / Ybhg. / YBHG. Sekian. Nota: "Sekiranya saudara ingin .... klik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri." <-- Tuan, tiada menu Carian Kata pada sebelah kiri. | Ejaan yang betul ialah YBhg. | Ejaan | 10.11.2011 |
Tuan, apakah perbezaan di antara 'digunakan' dan 'diguna'? Bila saya cari perkataan 'diguna' melalui laman Carian PRPM, saya dapati perkataan 'digunakan' dalam semua takrif pada menu Kamus Bahasa Melayu, tetapi perkataan 'diguna' ada dalam hampir keseluruhan huraian pada menu Istilah Malaysia. Harap dapat membantu. Terima kasih. | Puan Susilawati, Tidak ada perbezaan antara diguna dan digunakan. Bentuk yang betul ialah digunakan, iaitu kata guna mendapat imbuhan di...kan daripada bentuk menggunakan(meN...kan). | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Salam, saya nak tanya cara menulis huruf besar untuk tajuk/menu laman web. Pertama, Kenali saya atau Kenali Saya?. Kedua, Maklum balas atau Maklum Balas?. Ketiga, Hubungi Saya atau Hubungi Saya?. Keempat, Pustaka digital atau Pustaka Digital?. Kelima, Tuisyen di Rumah atau Tuisyen di rumah? Selanjutnya, saya ingin bertanya tentang perkataan yang sesuai untuk "Home Tuition", adakah tuisyen di rumah pandanan yang paling sesuai untuk perkataan terebut? Ada atau tidak perkataan/ayat lain yang sesuai untuk perkataan tersebut? | Salam, 1. Kenali Saya 2. Maklum Balas 3. Hubungi Saya 4. Pustaka Digital 5. Tuisyen di Rumah - perkataan di ditulis dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata sendi nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. 6. Padanan yang sesuai untuk "Home Tuition" ialah Tuisyen di Rumah. | Lain-lain | 02.07.2015 |