Yang manakah betul? 1. Menuju ke 2. Menuju ke arah 3. Menuju arah ke 4. Ke arah 5. Arah ke | Frasa yang betul ialah menuju ke, menuju ke arah dan ke arah. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Mereka berlari menuju / menuju ke arah kantin. | Ayat yang betul ialah mereka berlari ke arah kantin atau mereka berlari ke kantin. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Yang manakah tepat? 1. Menuju ke arah. 2. Menuju arah ke. Jawapan yang diberikan oleh pihak khidmat nasihat dbp berpendapat bahawa frasa menuju ke arah adalah tepat, tetapi frasa menuju arah ke dijumpai dalam kamus dewan edisi keempat dalam laman web PRPM. Minta penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan. Sekian, terima kasih. | Kedua-dua frasa menuju ke arah dan menuju arah ke boleh digunakan mengikut konteks ayat. Contoh ayat; 1. Peluru berpandu ialah peluru yang boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya untuk menuju ke arah sasarannya. 2. Para pelajar berjalan menuju arah ke dewan makan. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
1. Berapakah ekor burung yang hinggap di atas dahan? atau Berapa ekorkah burung yang hinggap di atas dahan? 2. pusat beli-belah / pusat membeli-belah 3. Ali menuju ke / menuju kelas Lima Biru. | Ayat yan betul ialah: 1. Berapakah ekor burung yang hinggap di atas dahan? 2. pusat beli-belah 3. Ali menuju ke Kelas Lima Biru. | |
|
| Tatabahasa | 31.03.2010 |
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas. | 1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. | I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini. II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan. | Tatabahasa | 28.05.2012 |
Dalam kehairanan, kami menuju ke arah bunyi pelik itu. adakah apa-apa kesalahan dlm ayat ini? | Ayat yang dinyatakan betul. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Yang mana satukah, ayat berikut yang betul. Jika salah sila nyatakan kesalahannya. 1. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. 2. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang, | Ayat pertama tidak gramatis. Kata ganti nama nya tidak perlu dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 23.05.2012 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "taxiway," iaitu laluan kapal terbang di lapangan terbang yang biasa digunakan selepas mendarat untuk menuju ke bangunan terminal tanpa mengganggu laluan landasan yang akan digunakan oleh pesawat lain? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah jalan rayap. | Istilah | 22.06.2009 |
Apakah perbezaan antara di tengah dan di tengah-tengah? | Di tengah, atau frasa yang gramatis ialah ke tengah menunjukkan arah seperti menuju ke tengah, manakala frasa di tengah-tengah menunjukkan kedudukan seperti bahagian yang di tengah-tengah. | Tatabahasa | 17.12.2012 |