Bagaimana menukar ayat berikut kepada ayat pasif? Dia takut akan anjing. Terima kasih. | Ayat dia takut akan anjing bukan ayat aktif transitif. Oleh itu, ayat tersebut tidak boleh dipasifkan. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
Apakah hukum umum yg perlu dipatuhi untuk menukar istilah kimia bahasa Inggeris ke bahasa melayu? Sy merujuk kamus dewan online, tetapi kebanyakan istilah sains yg ditukar hanya melibatkan penggunaan 2 jenis bahan kimia. Bagaimana utk menukar, contohnya, methylhydroxypropylcellulose? Bolehkah ditukar menjadi metilhidroksipropilselulosa? | Istilah tersebut tidak ada dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, berdasarkan kaedah pembentukan istilah, padanan bahasa Melayu yang betul ialah metilhidroksipropilselulosa. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah pembentukan istilah kimia, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005 dan Daftar Istilah Tatanama Kimia terbitan tahun 1987. | Istilah | 09.04.2012 |
Salam sejahtera. "Negara A menukar / menukarkan / bertukar nama negara menjadi / kepada Negara B." Apakah kata kerja dan kata sendi nama yang sesuai bagi ayat di atas? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Negara A menukarkan namanya kepada Negara B" atau "Negara A bertukar nama menjadi Negara B." Kata kerja yang sesuai bagi ayat pertama ialah menukarkan manakala ayat kedua ialah bertukar nama. Kata sendi nama yang sesuai bagi ayat pertama ialah kepada. | Tatabahasa | 21.03.2007 |
Selamat petang. Soalan saya berkenaan menukar ayat aktif kepada ayat pasif yang berikut : 1) Sekawan kambing sedang meragut rumput di padang. A.Pasif --> mana betul, (A) atau (B) ? (A) Rumput di padang sedang diragut oleh sekawan kambing. (B) Rumput sedang diragut oleh sekawan kambing di padang. 2) Murid-murid kelas Tiga Bestari menyusun meja dan kerusi di bilik darjah. A.Pasif --> (A) atau (B) ? (A) Meja dan kerusi di bilik darjah disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari. (B) Meja dan kerusi disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari di bilik darjah. Jawapan dan penjelasan pihak tuan dihargai. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: B. Rumput sedang diragut oleh sekawan kambing di padang. A. Meja dan kerusi di bilik darjah disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari. | Tatabahasa | 29.07.2011 |
Percayalah, apa yang dirasakan anda tentang sesuatu perkara itu hasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang masalah hedonisme yang semakin berleluasa di kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai-bagai langkah telah kerajaan ambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Sdr, berikut adalah pembetulan yang dapat difikirkan ketika ini. untuk alasannya rujuk buku Tatabahasa Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof Datuk Dr. Asmah Hj. Omar .Terima kasih Ejaan yang salah – merialisasikan -merealisasikan Menganalisa - menganalisis Berserta - berserta. Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu adalah hasil daripada cara anda memikirkannya. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang hedonisme yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai langkah telah ambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas berserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Tatabahasa | 26.09.2007 |
Saya perlukan bantuan untuk menterjemahkan istilah-istilah berikut dalam usaha saya untuk menukar semua label-label bahasa Inggeris yang ada di bilik kawalan di tempat kerja saya. 1. PAGER STATION 2. STATIONARY CABINET 3. TOOLS CABINET 4. FIRE FIGHTING SAFETY GEARS 5. LOBBY WORKSTATION 6. 5S CABINET 7. RECYCLE PAPER | Untuk perhatian saudara kami hanya akan menyemak cadangan terjemahan yang telah dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk khidmat penterjemahan sila rujuk Persatuan Penterjemah Malaysia di talian: 03-21424381. | Lain-lain | 16.05.2009 |
soalan: 1. sekiranya ayakata hubung ini tidak sesuai...boleh cadangkan ayat yang lebih sesuai bagi menukar ayat ini.... a) Yang pertama, bahawa dalam proses membuat perubahan ini,UMNO adalah pari yang merupakan gerakan massa nasional. b) Yang pentingnya, ialah pengisiannya supaya kita sediakan kurikulum yang sesuai. | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda. a) Yang pertama, dalam proses membuat perubahan,UMNO adalah parti gerakan massa nasional. b) Yang penting ialah pengisian supaya kita menyediakan kurikulum yang sesuai. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
Pertanyaan mengenai bahasa melayu teknologi maklumat contoh ayat : Via a download mirror , adakah saya perlu menukar mirror ke cermin Soalan 2: Torrent dalam bahasa melayu teknologi maklumat, mengikut kamus torrent adalah curahan, tetapi bagaimana dengan bahasa melayu teknologi maklumat | Dalam bidang teknologi maklumat, istilah untuk mirror ialah cermin, dan tiada istilah torrent. Dalam pangkalan data kami, padanan untuk istilah torrent (dalam bidang Geografi dan Geologi) ialah cegar. Cegar bermaksud aliran air sungai yg deras (kerana dasarnya terdiri drpd batu hampar dan agak mencuram letaknya). Perkataan curahan boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep dalam bidang tersebut. | Istilah | 19.03.2011 |
Apakah ejaan sebenar bagi tebusguna tanah laut atau tebus guna laut? | Dalam Kamus Bahasa Melayu, menebus guna bererti menukar (gurun, paya, dll) menjadi tanah yg sesuai utk tanaman, bangunan, dsb; Oleh itu, istilah yang betul ialah tebus guna laut. | Istilah | 24.04.2011 |
Salam. Saya ingin mendapat kepastian penggunaan perkataan "Chartered" di dalam bahasa. Adakah berkanun atau bertauliah? Untuk makluman, syarikat saya merupakan salah satu badan profesional dan baru menukar nama kepada "Chartered Tax Institute of Malaysia". Oleh itu, saya berharap maklum balas dari pihak Dewan Bahasa, apakah nama yang sesuai untuk syarikat di dalam bahasa?Sekian, terima kasih. | Saudara Emma, Cadangan bahasa Melayu bagi nama tersebut ialah Institut Cukai Bertauliah Malaysia. | Istilah | 09.07.2009 |