Assalamualaikum... Adakah format dan panduan menulis buku umum sama dengan menulis untuk majalah? contohnya menulis artikel. jika berbeza, boleh jelaskan bagaimana format menulis untuk majalah? terima kasih. | Penulisan buku dan majalah sama seperti menulis esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008. | Lain-lain | 07.05.2012 |
Salam, antara berikut, yang manakah betul? 1. Menulis di atas kertas 2. Menulis pada kertas 3. Cikgu Nora menulis pada papan putih. 4. Cikgu Nora menulis di atas papan putih. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "menulis pada kertas" dan "menulis pada papan putih", kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 23.05.2013 |
Assalammualaikum w.b.t. Saya pelajar Phd prasekolah. soalan saya masih tentang menulis. saya ingin mengetahui Apakah perbezaan bagi penggunaan perkataan tulisan, menulis, penulisan dan kemahiran menulis ? adakah terjemahan saya tepat tentang penggunaan kata writing iaitu students who are taught the writing process early ........ developing clearer and higher quality writing pieces , pelajar yang diajar proses menulis daripada peringkat awal ........ pelajar yang dapat membangunkan dengan lebih jelas dan lebih tinggi kualiti dalam penulisan. Terima kasih | Tulisan ialah sesuatu yang ditulis. Menulis merujuk perbuatan mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena. Penulisan bermaksud perihal atau kegiatan menulis dan mengarang. Oleh itu, penggunaan setiap perkataan tersebut mestilah tepat mengikut konteks ayat tersebut. Proses menulis ialah terjemahan yang betul mengikut konteks ayat tersebut. | Lain-lain | 23.07.2012 |
Bagaimanakah panduan penulisan di jurnal, dasar dan peraturan penulisan yang melibatkan hak cipta dan royalti, boleh saya dapatkan semua maklumat ini? Adakah buku yang berkaitan dengan panduan penulisan, dasar dan peraturan menulis buku dan jurnal di DBP | Menulis buku berbeza daripada menulis jurnal. Menulis buku juga berbeza mengikut jenis buku sama ada buku ilmiah atau buku umum. Tentang jurnal pula, panduan atau standard penulisannya adalah mengikut peraturan penulisan jurnal di seluruh dunia. Penulis jurnal di DBP dibayar royalti, dan penulis mengekalkan hak ciptanya. | Lain-lain | 07.12.2007 |
Tuan, saya sedang cuba menyempurnakan tugasan menulis tentang tokoh penyair Wadi Leta SA , maksud saya menulis biografi ringkas. Saya cuba cari di internet namun tak banyak maklumat saya temui, kerana di samping beliau menulis puisi , saya ingin catatkan juga tentang hobinya pada seni lukis dan jua menulis buku cerita kanak-kanak. Saya di fahamkan penulisan cerita kanak-kanak pernah disiarkan melalui blog zoom A di bawah kelolaan Rosli Nikmat , tetapi saya tetap tidak ketemu di internet. Boleh kah pihak Tuan berikan laman web atau link tentang beliau menulis buku cerita kanak-kanak dan hobi melukis? Atau boleh nyatakan di mana boleh saya dapatkan info tersebut? | Salam sejahtera, Dewan Sastera terbitan November 2007 ada mengemukakan Wadi Leta S.A. sebagai karyawan dalam keluaran tersebut. Selain itu, saudara boleh membaca artikel "Wadi Leta berbakat melukis" dalam laman www.nib.com.my . | Lain-lain | 25.04.2012 |
Saya berminat untuk menulis novel. Kini sedang menulis. soalannya; 1. Apakah yang diperlukan oleh penerbit untuk penerbitan sesebuah novel? 2. Dimanakah saya akan mendapat penerbit? 3. Adakah pihak DBP mempunyai free kamus download bahasa Melayu untuk memudahkan saya menyemak ejaan dalam karangan saya? Sekian, terima kasih | Tahniah kerana saudara berminat untuk menjadi seorang pengarang novel. Untuk makluman saudara, selain penerbit swasta seperti PTS Publications, Alaf 21 Sdn Bhd, Utusan Publications & Distributors dan lain-lain. DBP juga menerbitkan karya novel untuk pembaca kanak-kanak, remaja dan dewasa. Saudara boleh menghantar manuskrip novel saudara itu kepada mana-mana penerbit yang saudara suka untuk dinilai sebelum ia dapat diterbitkan. Bagi novel dewasa, tebal novel biasanya sekitar 300-500 halaman kertas A4 bertaip komputer langkau dua baris, sementara novel remaja tebalnya 200-300 halaman dan novel kanak-kanak tebalnya 100-200 halaman. Jika saudara berminat untuk menghantar kepada DBP, bolehlah menghubungi Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, di alamat e-mel norimah@dbp.gov,my (bagi novel dewasa ) atau Ketua Editor Bahgian Buku Kanak-Kanak dan Remaja di alamat arshad@dbp.gov.my (bagi novel kanak-kanak dan remaja). DBP juga ada menyediakan kamus untuk orang awam menyemak ejaan atau makna istilah yang diperlukan dengan membuka laman rasmi DBP. Terima kasih. | Lain-lain | 09.08.2010 |
Saya ingin tahu bagaimanakah format jika hendak menulis buku. Saya berminat menulis buku mengenai kebudayaan. Harap dapat membantu saya. | Anda perlu tahu tentang struktur buku iaitu, bahan awalan, bahan teks, dan bahan akhiran. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga yang telah diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 18.05.2008 |
Dalam entri “ribu” KD4 menulis begini: 1000, 4000. Dalam entri “juta” KD4 menulis begini: 1 000 000. Lazimnya saya menulis begini: 1,000,000. Manakah yang persis (a) 1000000 (berdasarkan entri ribu) (b) 1 000 000 (berdasarkan entri juta) (c) 1,000,000 (kelaziman saya) (d) 1, 000, 000 (kemungkinan ada)? | Berdasarkan sistem matrik, entri ribu dan juta ditulis sebegini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 1000 - 9000 (tidak ada jarak) 1 000 000 (dijarakkan dan tidak diletakkan sebarang tanda koma) Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2009 |
Ayat mana yang betul? 1. Adik saya mandi di laut. 2. Adik saya mandi dalam laut. 3. Adik saya mandi di dalam laut. 4. Saya menulis di atas buku nota. 5. Saya menulis di buku nota. 6. Saya menulis dalam buku nota. 7. Saya menulis pada buku nota. | Bagi merujuk tempat secara fizikal, ayat adik saya mandi di laut yang betul. Begitu juga dengan ayat kedua, saya menulis dalam buku nota yang betul. | Tatabahasa | 08.08.2012 |
Ayat mana yang lebih tepat: saya menulis menggunakan pen biru. ATAU saya menulis menggunakan pen berdakwat biru. | Lazimnya warna pen menandakan warna dakwatnya, maka ayat "saya menulis menggunakan pen biru" adalah betul. | Tatabahasa | 16.07.2013 |