Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melanggan | Perkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui. | Tatabahasa | 30.10.2006 |
Zaki sedang berehat seketika di rumah menumpang itu sebelum meneruskan pengembaraannya. Perkataan menumpang merupakan perkataan yang salah. Apakah perkataan yang essuai digantikan? | Zaki sedang berehat seketika di rumah tumpangan itu sebelum meneruskan pengembaraannya. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Salam, papan tanda di premis perniagaan, poster dan tempat awam banyak menggunakan struktur ayat yang salah seperti: - Kaunter Menumpang Barangan - Dilarang Masuk Tanpa Orang Berkebenaran - Syarikat Peminjam Wang Berlesen dan lain-lain. Boleh DBP jelaskan? | Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan | Lain-lain | 30.03.2013 |
apakah kata dasar bagi menginap. | Kata dasar ialah inap. Apabila kata inap diletakkan imbuhan meng-, maka kata ini akan menjadi menginap yang bermaksud menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam; | Makna | 01.06.2009 |
1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku 3)Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan? | 1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul Jawapan yang tepat ialah menumpang tidur sama ada di rumah, mahupun di tempat lain seperti hotel dan lain-lain. 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku Jawapan: Keempat-empat jawapan tersebut betul kerana soalan tersebut berbentuk andaian dan semua kemungkinan boleh berlaku. 3) Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan? Jawapan: Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Niza membawa mangkuk berisi sup ayam menuju ke arah meja. | Tatabahasa | 06.11.2015 |