Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nung] | منوڠ

Definisi : ; bermenung, bermenung-menung berfikir panjang, memikir dalam-dalam, tafakur: belum sempurna fikir kekanda dlm hal itu agaknya, bawalah dahulu ~; memenungkan memikirkan dalam-dalam: ibu yg kehilangan suaminya masih ~ bagaimana hendak menyara anak-anaknya; termenung, termenung-menung dlm ke­adaan bermenung: sejenak ia ~ memikirkan sesuatu; menungan, kemenungan tafakur, renu­ngan; permenungan perbuatan bermenung: bila-kah gerangan akan habis ~mu wahai orang muda? pemenung orang yg suka bermenung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nung] | منوڠ

Definisi : ; bermenung, termenung duduk diam sambil berfikir atau bertafakur ttg sesuatu; berfikir panjang. memenungkan memikirkan sesuatu dalam-dalam. menungan 1 apa-apa yg dimenungkan; renungan. 2 hal bermenung atau termenung. pemenung orang yg suka termenung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menung
Kata Terbitan : bermenung, termenung, memenungkan, menungan, kemenungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Apakah perkataan yang maksudnya 'tergambar di wajahnya yang kebingungan?' Terima Kasih.Salam sejahtera,

Tuan,
Kami mencadangkan perkataan termangu-mangu yang membawa maksud ter­menung-menung (kerana susah hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna13.06.2017
Salam Sejahtera, Apakah perkataan yang memberi maksud 'tergambar di wajahnya yang kebingungan?' Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,
Kami mencadangkan perkataan termangu-mangu yang membawa maksud ter­menung-menung (kerana susah hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna13.06.2017
saya tidak dapat cari termanggu-manggu dalam kamus , cuma dapat cari termangu-mangu.adakah perkataan ini wujud?sebab perkataan ini wujud dalam buku rujukan.harap tuan dapat selesaikan masalah saya ,terima kasihPerkataan yang ditemui ialah termangu-mangu yang bermaksud duduk termenung-menung kerana susah hati dll; melengung. Contoh ayat : Dia suka duduk  termangu-mangu seorang diri.Istilah18.07.2010
maksud - menerawangMenurut Kamus Dewan, menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kainmempuntai beberapa maksud. Maksud pertama, melubangi, menembuk, menembus atau membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang juga bermaksud kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah. Selain itu, menerawang bermaksud termenung-menung atau memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya) atau berkhayal. Bagi membantu, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat NAsihat Bahasa DBP.Makna07.01.2007

Kembali ke atas