| slm. Boleh semakm ayat di bawah betul atau salah. tq 1)Dia menunggu dan menunggu, namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu. (perlu ada , ke sebelum namun?) | Salam sejahtera, Ayat yang betul tiada koma seperti di bawah: Dia menunggu dan menunggu namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 06.12.2018 |
| Beritahu dia menunggu selama berapa minit Menunggu atau tunggu? | Ayat yang betul ialah “Maklumkan kepadanya untuk menunggu selama beberapa minit”. | Tatabahasa | 03.05.2024 |
| Tuan, melampaukah perbuatan "menunggu", iaitu adakah perbuatan "menunggu" melampaui pembuat lalu mengenai penyambut? Sila baca WordPad untuk lebih terang memahami soal saya. | Untuk makluman, menunggu ialah kata kerja transitif. Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 12.12.2016 |
| Menunggu Alisa keluar dari/ daripada tandas? | jawapan yang betul ialah dari | Tatabahasa | 01.11.2011 |
| Mohon jawapan daripada pihak Tuan yang bijaksana. Jawapan manakah yang paling tepat? 1. Sara menunggu Halim di tengah Kota Nicea. 2. Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
| saya masih menunggu maklum balas | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal Khidmat Pengesahab Bahasa DBP, bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. Visual yang dihantar dalam bentuk jpeg atau gif. | Lain-lain | 08.05.2017 |
| saya masih menunggu kelulusan untok 24969/2015 dengan segera.Terima kasih | Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Setelah dibuat pembetulan, kemukakan semula melalui domain tesebut dan hubungi kami di talian 03-21479400/9500/9600 untuk kelulusan segera. | Tatabahasa | 25.06.2015 |
| Ayat1:Baiklah,Ali. Saya akan tunggu kamu. Ayat2:Baiklah,Ali. Saya akan menunggu kamu. Kedua-dua ayat ini betul?Perkataan menunggu dalam ayat ini boleh tulis dalam kata dasar sahaja dalam perbualan? | | Ayat “Saya akan menunggu kamu” merupakan ayat yang betul. Perkara ini disebabkan ayat aktif mempunyai kata kerja aktif (menunggu) mesti disusuli dengan kata nama (kamu). Ayat ‘Saya akan tunggu kamu’ merupakan bentuk tidak baku dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan. | | Tatabahasa | 06.03.2017 |
| Bolehkah kedua-dua ayat di bawah di gunakan atau Ayat yang mana satu betul: 1. Ali membaca buku sewaktu menunggu bas. 2. Ali membaca buku sementara menunggu bas. | Ayat yang tepat ialah Ali membaca buku sementara menunggu bas. Kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
| Ruang menunggu atau ruang tunggu atau ruang penungguan? | Jawapan yang betul dan tepat ialah RUANG MENUNGGU. | Istilah | 10.07.2018 |