slm. Boleh semakm ayat di bawah betul atau salah. tq 1)Dia menunggu dan menunggu, namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu. (perlu ada , ke sebelum namun?) | Salam sejahtera, Ayat yang betul tiada koma seperti di bawah: Dia menunggu dan menunggu namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 06.12.2018 |
askm..soalan mana satuyang betul 1.menunggu kepulangan suaminya dari hari ke sehari 2.menunggu kepulangan suaminya dari hari ke hari | Penggunaan yang betul ialah dari sehari ke sehari ataupun dari hari ke hari. Jika saudara hendak menggunakan perkataan "hari", frasa yang betul ialah dari hari ke hari. Jika menggunakan "sehari', frasa yang betul ialah dari sehari ke sehari". Frasa dari hari ke sehari tidak betul kerana tidak ada perimbangan kata. | Tatabahasa | 16.04.2010 |
Mohon jawapan daripada pihak Tuan yang bijaksana. Jawapan manakah yang paling tepat? 1. Sara menunggu Halim di tengah Kota Nicea. 2. Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
Tuan, Adakah penggunaan 'rimas' dalam ayat di bawah betul? Jika tidak, apakah perkataan yang boleh digunakan? 1. Ali menunggu kepulangan ibu dengan rimas. Terima kasih. | Penggunaan kata rimas dalam ayat Ali menunggu kepulangan ibu dengan rimas lebih sesuai digantikan dengan gelisah iaitu, Ali menunggu kepulangan ibu dengan gelisah. Kata gelisah membawa maksud tidak tenteram hatinya; berasa khuatir; tidak sabar menunggu. | Tatabahasa | 22.08.2017 |
Bolehkah kedua-dua ayat di bawah di gunakan atau Ayat yang mana satu betul: 1. Ali membaca buku sewaktu menunggu bas. 2. Ali membaca buku sementara menunggu bas. | Ayat yang tepat ialah Ali membaca buku sementara menunggu bas. Kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. Adakah ayat- ayat di atas betul? | 1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. - ayat ini betul 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. - ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata reaksi kurang tepat dalam ayat tersebut | Tatabahasa | 04.09.2009 |
Tuan, Mohon keterangan daripada tuan ayat seperti berikut: 1. Sementara saya menunggu, ibu membeli kuih di pasar malam. 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas / besar. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar / jernih. 4. Saya menunggang basikal pergi ke / ke sekolah setiap hari kecuali hari(perlu huruf besar?) Sabtu dan Jumaat. | 1. Sementara saya menunggu ibu membeli kuih di pasar malam. - ayat ini tidak lengkap, tidak ada predikat 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas/besar. - Perkataan luas/besar betul bagi ayat tersebut. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar/jernih. - betul 4. Saya menunggang basikal ke sekolah setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Ayat1:Baiklah,Ali. Saya akan tunggu kamu. Ayat2:Baiklah,Ali. Saya akan menunggu kamu. Kedua-dua ayat ini betul?Perkataan menunggu dalam ayat ini boleh tulis dalam kata dasar sahaja dalam perbualan? | Ayat “Saya akan menunggu kamu” merupakan ayat yang betul. Perkara ini disebabkan ayat aktif mempunyai kata kerja aktif (menunggu) mesti disusuli dengan kata nama (kamu). Ayat ‘Saya akan tunggu kamu’ merupakan bentuk tidak baku dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan. 1"> | | Tatabahasa | 06.03.2017 |
1. Bapa sedang menunggu kopi yang dibancuh oleh ibu. 2. Penjaja itu tawar-menawar dengan wanita itu. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Betul. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Assalam tuan/puan, Saya ingin dapatkan maklumat adakah buku aktiviti Matematik Tahun 1 Jilid 1 (Bahasa Melayu) telah ada dalam stok atau adakah telah dicetak? Hampir sebulan kami menunggu untuk mendapatkan buku tersebut sekitar Seremban dan Kuala Lumpur. Terima kasih atas perhatian tuan / puan/ | Waalaikumussalam WBT. Puan boleh menggunakan perkhidmatan pembelian dalam talian dengan melayari laman sesawang dbp.niaga.my. Terima kasih. | Lain-lain | 13.02.2019 |