Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.tut] | منونتوت

Definisi : 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengeta­huan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.tut] | منونتوت

Definisi : 1 meminta dgn mendesak supaya sesuatu dilakukan atau ditunaikan: Pekerja-pekerja itu ~ gaji lebih. 2 meminta supaya dije­laskan hutang dll: Tiap-tiap bulan, tauke itu pergi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggannya. 3 berusaha utk men­cari ilmu pengetahuan atau utk mendapatkan sesuatu: Ia pergi ~ ilmu ke Mesir. 4 membawa sesuatu perkara ke mahkamah; mendakwa. ~ balas membalas sesuatu perbuatan; membalas dendam. ~ bela membalas kejahatan orang; membela kematian seseorang. ~ janji meminta supaya menepati janji. ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntut
Kata Terbitan : menuntut, tuntutan, penuntut,

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sabung selepas hari petang,
     tak dapat menuntut balas lagi.

Bermaksud :

Untung-untungan; berserah kepada nasib.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" digantikan dengan "memerlukan cadangan terbuka"??Rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" tidak sama dengan "memerlukan cadangan terbuka". Frasa cadangan terbuka lazimnya sesuatu yang dicadangkan. Frasa yang boleh digunakan ialah "memerlukan pemikiran terbuka".Tatabahasa18.07.2013
Slm, berikan saya contoh kata seerti "tuntut" Dan "menuntut"..?Perkataan tuntut bersinonim dengan minta, pohon, desak, gesa, tagih dan lain-lain. Manakala, menuntut pula bersinonim dengan meminta, memperjuangkan, belajar, mendakwa dan lain-lain.Lain-lain02.02.2013
Encik Jabir masih belum mahu menuntut semula wang yang dipinjamkannya kepada jirannya itu. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQAyat yang lebih gramatis ialah: Encik Jabir masih belum menuntut wang yang dipinjamkan kepada jirannya.Tatabahasa16.02.2012
1. Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun? 2. Di manakah boleh anda tuntut kupon diskaun? Yang manakah ayat tanya yang betul/baku? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun?".Tatabahasa27.05.2013
Bolehkan penggunaan `dipelopori oleh' digantikan dengan `dipeloporkan oleh' dalam ayat `Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan.' Terima kasih.Ungkapan 'dipelopori oleh' dalam ayat 'Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan' tidak boleh digantikan dengan 'dipeloporkan oleh' kerana akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif (tempat atau orang).Tatabahasa15.08.2007
Assalammualaikum tuan, Saya Tarmizi daripada Lembaga Getah Malaysia ingin memohon bantuan untuk mendapatkan ayat yang lebih sesuai diantara ayat dibawah:- 1)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun. 2)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun dan menuntut semula barang-barang yang disita. 3)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari selepas permohonan menuntut semula barang-barang disita oleh OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun. Saya memohon kerjasama tuan untuk mendapatkan ayat yang lebih tepat antara ketiga-tiga diatas atau jika tuan mempunyai pandangan lain juga dialu-alukan. terima kasih.Jika ayat yang ditanya tidak dipetik daripada mana-mana sumber perundangan, cadangan kami: Memohon perlucutan hak di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS bagi menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun.
 
Tatabahasa03.08.2012
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH.

Saudari/Saudara,

1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi.

2. Ayat tepat

3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis)

Tatabahasa05.09.2012
Salam 1Malaysia, Frasa 'belajar kepada seseorang' dan 'menuntut ilmu kepada seseorang' yang saya temukan dalam Kamus Dewan agak mengelirukan saya. Persoalannya, adakah kata sendi nama 'kepada' mematuhi sistem bahasa baku? Jika betul, apakah maksudnya? Sekian, terima kasih. KAY SEVENBerdasarkan laman ini, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kepada+seseorang , tiada ditulis ayat "belajar kepada seseorang" dan menuntut ilmu kepada seseorang" sebagaimana yang didakwa oleh saudara. Sendi nama yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "daripada" -->  Belajar daripada seseorang.  Menuntu ilmu daripada seseorang.Lain-lain15.04.2014
Puan Hasnah (memasakkan) lauk-pauk ini untuk (meraikan) kepulangan anaknya yang (menuntut) di luar negara. "memasakkan" perlu tukar ke "memasak"? ayat ini ada salah tak? Jika salah, sila menerangkan sebab Terima kasih

Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan membawa beberapa maksud tertentu, antaranya maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertamanya objek bernyawa. Contohnya perkataan yang tuan berikan "memasakkan" menjadi “Puan Hasnah memasak lauk-pauk ini untuk meraikan kepulangan anaknya yang menuntut di luar negara”.  

Tatabahasa01.11.2021
1.Rakyat Malaysia menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.Soalan :Adakah dalam ayat tersebut mengandung unsur keterangan? 2.Apakah erti 'isofogos'? TQVM DBP

1. Ayat tersebut ialah ayat penyata, menyatakan tentang kemerdekaan bukan menerangkan tentang peristiwa kemerdekaan.

2. Isofogos tidak ada dalam sumber rujukan kami.

Tatabahasa02.11.2011
123456

Kembali ke atas