Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.ru.ni] | منوروني

Definisi : 1. turun melalui (tangga, lereng bukit, dll): kemudian dia berlari-lari ~ tangga hotel itu; 2. turun utk mengambil dll sesuatu, turun ke; 3. keluar dr rumah utk menghadap (menangkap, mengejar), turun utk menyambut (kedatangan orang dll): jikalau anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yg akan ganti kerajaan maka dituruninya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ru.ni] | منوروني

Definisi : 1 turun melalui (tangga, lereng bukit dll). 2 turun utk mengambil sesuatu; turun ke: ~ jurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menuruni


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera, apakah ayat ini betul? "Ketika aku hendak menuruni tangga, aku dikejutkan dengan tangan yang menyapa bahuku." Terima kasih.Tangan tidak menyapa, sebaliknya menyentuh. Jadi perlu ditukar kepada "...aku dikejutkan dengan tangan yang menyentuh bahuku".Tatabahasa04.05.2013
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, Apakah makna perkataan'BORA' mengikut kamus dewan.Kamus Dewan menakrifkan bora, iaitu angin kencang timur laut yang sejuk dan kering yang bertiup menuruni gunung di pantai timur AdriatikMakna04.03.2009
Selamat pagi. Sekolah saya baru menjalankan peperiksaan percubaan kali ke-4. Kami mengalami kekeliruan terhadap sesetengah jawapan bagi soalan berikut: 1. Penganut agama Hindu itu ____________ tangga untuk sampai ke Batu Caves. A berjalan B menaiki C menuruni D mendaki * Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menaiki' juga bermaksud 'mendaki'. 2. "Awak pergilah dulu ke kantin. Sebentar lagi, saya akan _________," kata Emily kepada En. Woon. A mengejar B menyusul C mengikuti D mengekori ** Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menyusul' juga bermaksud 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata 'menaiki' juga sama dengan 'mendaki'. Begitu juga kata ' menyusul' juga bermakna 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sila berbincang dengan pihak  sekolah tentang perkara ini.Makna08.08.2008

Kembali ke atas