Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan mana yang lebih tepat " sidang ridaksi"sidang editor"Menurut Kamus Pelajar, redaksi ialah seluruh pengarang se­suatu majalah, surat khabar dll; sidang pengarang.

Manakala editor ialah orang yang mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit.

Daripada takrifan tersebut, kedua-dua istilah adalah tepat dan hendaklah bersesuaian dengan maksud yang hendak dinyatakan.
Tatabahasa09.12.2013
Apa khabar? Saya ada dua soalan. 1. Sila tanya, selain daripada "pisau cukur", bolehkah saya guna "perempuan kaki cukur" untuk menggelar seorang perempuan yang suka menghabiskan harta atau wang lelaki? 2. Sila tanya yang mana adalah betul untuk kedua-dua ayat "keretapi" dan "kereta api"? Ataupun, kedua-dua pun boleh digunakan? Terima kasih.

1. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perempuan yang suka menghabiskan harta atau wang lelaki digelar sebagai pisau cukur.

2. Ejaan yang betul ialah kereta api.

Lain-lain06.05.2020
Penggunaan perkataan 'perutusan'; Hanya untuk orang besar shaja? Bolehkah jika digunakan utk Guru Besar / PK? Contoh: Perutusan daripada Guru Besar/Perutusan daripada Penolong Kanan. Berikan alasan dan contoh. Sekian, terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, perutusan ialah kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim perutusan kepada Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yzng (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja perutusan idea bahkan nilai-nilai etos yang penting; 4. ucapan orang besar pada hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dalam perutusan tahun barunya. Perutusan boleh digunakan oleh guru besar dan penolong kanan kerana perkataan tersebut sinonim dengan amanat, pesanan.Makna13.02.2013
Jita dalam sesuatu artikel itu, perkataan Inggeris perlu digunakan, bagaimana perkataan itu harus ditulis? Semasa saya mengikuti kursus penterjemahan di ITNMB dahulu, saya diajar agar menulis perkataan sedemikian menggunakan huruf condong (Italic). Tetapi jika kita lihat di surat khabar, mereka menulisnya seperti berikut: 'lockdown'. Saya ingin tahu cara penulisan perkataan asing yang betul.Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong, manakala tanda petik antaranya digunakan untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Pihak akhbar mungkin merujuk pada makna kedua, bagaimanapun, mereka mempunyai gaya khas (house style) masing-masing.Lain-lain05.03.2010
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012
Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca koma ( , ) sebelum perkataan 'dan'. Terkini, benarkah tanda koma tidak perlu digunakan dalam sebarang keadaan dalam ayat sebelum perkataan 'dan'? Rakan saya memaklumkan kepada saya bahawa sebelum ini ada situasi yang boleh menggunakan tanda koma sebelum 'dan', tetapi yang terkini tidak perlu lagi.

Penggunaan tanda koma (,) sebelum “dan” lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Tanda koma (,) sebelum “dan” biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori yang berbeza. Contoh 1: Emak ke kedai membeli ikan, beras, dan surat khabar. Contoh 2: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis.   Dalam ayat Contoh 2, penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" kerana “sawi “dan “kubis” dalam kategori yang sama, iaitu kelompok sayur.

 

Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Tatabahasa19.09.2018

Kembali ke atas