Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.but] | مڽمبوت

Definisi : 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.but] | مڽمبوت

Definisi : 1 menerima apa-apa yg diberikan dgn tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yg jatuh atau yg dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kpd sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam..mohon pengesahan penggunaan perkataan ini "Selamat menyambut tahun baharu" @ "selamat menyambut tahun baru"Frasa yang gramatis ialah "Selamat menyambut tahun baharu". Walau bagaimanapun frasa "Selamat menyambut tahun baru" juga diterima selagi frasa tersebut digunakan dalam wacana umum seperti iklan.Tatabahasa16.12.2015
Semak Frasa, yang mana lebih bersesuaian dan tepat untuk digunakan Selamat Menyambut Hari Merdeka atau Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan atau Selamat Menyambut Hari KebangsaanUntuk makluman, frasa yang diberikan ketiga-tiganya betul. Sungguhpun begitu, terdapat maksud yang berbeza, iaitu:

1. Hari Kemerdekaan ialah hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara 
2. Hari Merdeka bermaksud hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara
3. Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat
Lain-lain30.08.2018
Apakah perbezaan antara "menyambut" dan "meraikan"? Bolehkah saya menggunakan menyambut untuk perayaan? Sila beri contoh... Terima kasihDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyambut bererti mengalu-alukan; manakala meraikan bererti 1. menjamu (untuk memuliakan atau menghormati), 2. mengadakan keramaian, merayakan. Sama ada perkataan menyambut atau meraikan, kedua-duanya boleh digunakan untuk perayaan. Contoh: Mereka berbelanja besar utk menyambut Hari Raya Puasa. Seluruh penduduk Desa Murni diundang untuk meraikan perkahwinan anak sulung Penghulu Naim. Makna05.05.2011
Selamat menyambut Hari Wesak atau Selamat menyambut Wesak?Ayat yang betul ialah Selamat Menyambut Hari WesakTatabahasa14.01.2019
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan atau Selamat Hari Kebangsaan sahaja? perlu ke letak menyambut?

Kedua-dua ayat tersebut betul dari segi bahasa. Namun, kedua-dua ayat tersebut mempunyai makna yang berbeza.

“Selamat Menyambut Hari Kebangsaan” (khusus untuk yang menyambut sahaja) manakala “Selamat Hari Kebangsaan” (umum kepada semua).

Lain-lain29.08.2022
Selamat menyambut Hari Thaipusam atau Selamat menyambut ThaipusamAyat yang betul ialah Selamat Menyambut Hari ThaipusamTatabahasa15.01.2019
Mana yang lebih sesuai? SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 61 ATAU SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 61"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-61" lebih tepat untuk digunakan.Makna08.08.2018
1. Orang India menyambut hari Deepavali. 2. Orang India menyambut Hari Deepavali. Saya ingin tahu ayat 1 atau ayat 2 yang betul? hari Deepavali atau Hari Deepavali dalam ayat tersebut mana yang betul? Sekian, terima kasih. Foo SianEjaan yang betul ialah Orang India menyambut Hari Deepavali.Tatabahasa09.08.2012
Selamat menyambut 'Bulan Bahasa Kebangsaan'..bilakah agaknya semua rakyat digalakkan\dimestikan berbahasa Malaysia dalam segala bentuk urusan sosial rasmi atau tidak rasmi pada BBK ini? Bilakah kita akan mendengar pemimpin2 politik menunjukkan sifat\sikap Cinta bertutur dlm Bahasa Malaysia dalam perhimpunan agung BN(MCA atau MIC)?Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sewajarnyalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau keturunan punya rasa sayang dan cinta akan bahasa kebangsaan. Kami ucapkan syabas atas semangat cintakan bahasa dan kekuatan jati diri bahasa pada diri saudara.Lain-lain02.10.2010
CABUTAN PERTUAH "Menyambut Ulang Tahun ke-10" sama dengan kata china "欢庆10周年幸运大抽奖" "Promosi Istemewa Di Bulan June" sama dengan kata china "7月份整个月好康不停断"
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).
Lain-lain14.06.2017
123456789

Kembali ke atas