Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan alu-aluan pun tak ada dalam kamus. Bagaimana kalau kata-kata aluan/ kata alu-aluan itu disebut kata mengalu-alukan =1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu;Frasa yang betul ialah kata alu-aluan.Tatabahasa07.04.2012
1. Orang India menyambut hari Deepavali. 2. Orang India menyambut Hari Deepavali. Saya ingin tahu ayat 1 atau ayat 2 yang betul? hari Deepavali atau Hari Deepavali dalam ayat tersebut mana yang betul? Sekian, terima kasih. Foo SianEjaan yang betul ialah Orang India menyambut Hari Deepavali.Tatabahasa09.08.2012
Apakah beza "jemput' dengan 'sila? Adakah penggunaannya boleh ditukar ganti?Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:Makna26.07.2007
Semak Frasa, yang mana lebih bersesuaian dan tepat untuk digunakan Selamat Menyambut Hari Merdeka atau Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan atau Selamat Menyambut Hari KebangsaanUntuk makluman, frasa yang diberikan ketiga-tiganya betul. Sungguhpun begitu, terdapat maksud yang berbeza, iaitu:

1. Hari Kemerdekaan ialah hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara 
2. Hari Merdeka bermaksud hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara
3. Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat
Lain-lain30.08.2018
Apakah perbezaan antara "menyambut" dan "meraikan"? Bolehkah saya menggunakan menyambut untuk perayaan? Sila beri contoh... Terima kasihDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyambut bererti mengalu-alukan; manakala meraikan bererti 1. menjamu (untuk memuliakan atau menghormati), 2. mengadakan keramaian, merayakan. Sama ada perkataan menyambut atau meraikan, kedua-duanya boleh digunakan untuk perayaan. Contoh: Mereka berbelanja besar utk menyambut Hari Raya Puasa. Seluruh penduduk Desa Murni diundang untuk meraikan perkahwinan anak sulung Penghulu Naim. Makna05.05.2011
Benarkah ayat ini : Amir menjemput adik dan saya ke majlis perkahwinannya. Betul ataupun tidak perkataan menjemput digunakan,atau perkataan mengundang lebih tepat? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan, menjemput bermaksud: 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong; dan 2. mengajak atau mengundang. Oleh itu, dalam konteks ayat tersebut perkataan menjemput atau mengundang kedua-duanya betul.Tatabahasa06.03.2013
(1) Dia menyambut berita itu dengan gembira. (2) Kita boleh keluar makan dengan seronok. Kedua-dua ayat ini ada subjek dan predikat, iaitu gramatis. Harap dapat disahkan. Terima kasih.Kedua-dua ayat ini mempunyi subjek dan predikat. Walau bagaimanapun, ayat kedua (2) tidak gramatis.Tatabahasa21.01.2013
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih.1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55

2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi."

4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung."

5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
Tatabahasa31.08.2012
Nak tanya 1. ............lah masuk ke dalam rumah saya. 2. ........... datang ke majlis hari jadi saya, esok. Pilihan jawapannya jemput dan silaJemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:Makna29.10.2015
Assalamualaikum wbt. Saya Norra. Saya ada pertanyaan berkenaan dengan tatabahasa. 1.Kami akan menyambut hari guru pada bulan Mei. 2. Kita akan pergi bercuti pada bulan Jun nanti. - Boleh terangkan sama ada ayat di atas salah atau betul? - Betul ke ayat di atas tidak gramatis? - Jika guna ayat di atas untuk ajar di tadika, adakah menjadi satu kesalahan besar dari segi tatabahasa. Terima kasih. Norra 0123657918

Dalam kedua-dua ayat ini, puan hendaklah mengenal pasti kata sendi nama yang hendak digunakan. Kami berpandangan ayat pertama ialah "kita akan menyambut hari guru pada bulan Mei" dan ayat kedua "kami akan bercuti pada bulan Jun".

Tatabahasa23.06.2021
1234

Kembali ke atas