Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyampaikan

Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TENTANG SEBUTAN PERKATAAN BAHASA MELAYU PENGACARA TV3 YANG MENYEBUT MENGIKUT BAHASA INGGERIS.DBP MEMBUAT PROJEK PEMANTAUAN - JIKA ADA KESALAHAN - TULIS SURAT UNTUK MEMBERI KHIDMAT NASIHAT BAHASA. SEBUTAN BAHASA MELAYU SEPATUTNYA MENGIKUT EJAAN.Lain-lain22.11.2010
menyampaikan taklimatmenyampaikan taklimatTatabahasa18.01.2012
Manakah satu ayat yang Betul? 1.Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu.Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu.Tatabahasa15.02.2010
Manakah anatara berikut adalah betul? A Puan Munah menyampaikan kursus induksi kepada pekerja baru. B. Puan Munah menyampaikan Kursus Induksi kepada para pekerja baharu.

Ayat yang lebih tepat ialah Puan Munah menyampaikan kursus induksi kepada pekerja baharu.

Tatabahasa27.12.2023
Manakah satu ayat yang betul dari segi penggunaan kata sendi? 1. Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu.Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Tatabahasa15.02.2010
Betul atau salah pembinaan ayat seperti berikut: Guru memberikan dan menyampaikan ilmu kepada kita. Adakah kedua-dua kata kerja transitif tersebut (memberikan dan menyampaikan) perlu disertai objek/penyambut ataupun kata kerja Transitif kedua sahaja perlu disertai objek?Tolong jelaskan.Setiap kata kerja transitif memerlukan penyambut. Isunya di sini ialah dua ayat yang digabung menjadi satu, iaitu Guru memberikan ilmu kepada kita dan Guru menyampaikan ilmu kepada kita digabungkan menjadi Guru memberikan dan menyampaikan ilmu kepada kita.Tatabahasa26.02.2012
Untuk maksud cara berpidato, manakah istalah paling tepat ? MENYAMPAIKAN PIDATO, ATAU PENYAMPAIAN PIATO ?Untuk makluman, menyampaikan pidato atau penyampaian pidato bukan istilah khusus dan penggunaannya bergantung pada ayat. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah pidato (elocution/oration - bidang Kesusasteraan)  dan pidato umum (public speaking).Istilah22.05.2011
Assalamualaikum wbh. Mohon pencerahan untuk penambahbaikan struktur ayat berikut: Pelajar dapat menggunakan kemahiran komunikasi yang berkesan secara lisan dan penulisan untuk menyampaikan idea dan maklumat atau; Pelajar dapat menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan bertulis. Ayat yang mana lebih tepat penggunaannya? Terima kasih.Cadangan kami, "Dengan kemahiran komunikasi yang berkesan, pelajar dapat menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan tulisan". Tatabahasa07.02.2022
Baginda mencemar duli ke majils itu untuk menyampaikan ucapan sempena ulang tahun keputeraan baginda. Munsyi, apakah bahasa istana untuk menggantikan ucapan dalam ayat ini. TKBahasa diraja yang bermaksud menyampaikan ucapan ialah bertitah.Tatabahasa04.07.2012
1) Guru Besar menyampaikan ucapan pada perhimpunan pagi tadi. 2) Berikut disenaraikan barang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan itu nanti. bolehkah tuan jelaskan kesalahan ayat-ayat di atas can pembetulan kepadanya?

1) Guru besar menyampaikan ucapan dalam perhimpunan pagi tadi.

2) Berikut disenaraikan barang-barang yang diperlukan semasa aktiviti perkemahan itu nanti.

Tatabahasa12.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas